Ramadhan 2013 - Day 4

Kan weekend aritue aku balik BP kan... Of course la banyak giler urusan yang aku nak settle. Dengan nak service kereta nya lain, service gigi lain... hahahaha Jangan taktau kemain busy bunyiknye kan... Aku kan 1 day before wedding bukak braces. So after bukak braces pun still kene follow up dengan doctor and also pasang retainer. Wahhh, retainer sekarang dah advance ok. Bukak besi lagi dah. Semua macam plastik la kot tp bukan getah. Dah macam ahli gusti dah aku rasa. Since aku lewat pasang retainer, gigi aku dah beralih a bit. So retainer tu tak ngam dengan gigi ok. But kena pakai juga coz lama-lama dia akan ngam la... Eh, selingan cerita braces lak.... hihihihi Sorry ye...



Appoinment gigi pukul10 pagi. But aku bangun kul11pagi... Hahahaha tu pun mama ketuk pintu tanye jadi tak appoinment gigi. Tak senonoh perangai. Penat ok. Sampai umah mama dah kul2 pagi. Mau tak terlajak bangun pagi. Naseb baik pas sahur subuh dulu baru tidur. So senang hati la. Sampai-sampai klinik gigi ramai orang ok. Kena la menunggu... Almost 12pm gak la baru settle. Naseb baik bawak iPad and surat khabar. Bolehla layan dari takde buat apa kan... Wan pun ada teman so okla...



Memang dah set in mind, balik BP nak beli kuih kat SRAB... Sekolah adik aku dulu ni. Kat sini kuih-muih semua sedap dan murah... RM 1 dapat 4 ketul ok... Kat KL ni jangan harap la... Apa lagi, aku tibai beli kuih sampai RM6.00... Gasak... Wan pun pilih jugak... 



Bukan takat kuih-muih je ada jual kat sini tau. Pelbagai jenis bubur pun ada. Bubur lambok, bubur kacang merah, kacang hijau and macam-macam lagi la.... Korang tengok ni, macam-macam jenis kan bubur-bubur... Pitam ok. Aku kalau beli pun aku akan beli lompat tikam. Balik umah masuk dalam fridge. Bila berbuka makan, perghhhh Heaven!!!



Hasil tangkapan RM6.00 aku tu... Haaa, yang roti jala tu mama yang buat. Maklomlah menantu suke kari kambing of course la makan dengan roti jala lak. Pastu petang nampak mama goreng ikan bawal besar-besar. Mama cakap nak goreng je. Boleh lak aku cakap masak sweet sour kan sedap... Mama cakap dia dah tak larat nak masak. Sekali berbuka tengok-tengok ada ok sweet sour... Sedap gilos... Tak pandang lauk lain. 



Lepas Zohor around pukul3 camtu aku ada appoinment pergi mengurut lak... Badan tak sedap and perot sakit semacam. So papa yang hantar pergi rumah aunty Nor sebab Wan taktau jalan. Rupenya urat bersimpul kat perut. Boleh??? Siap semua kol papa suruh amek. Aperla, dah ada suami pun nak jugak kol papa... Biasalah, aku kan anje angat. Anak bapak la katakan... hihihiihhii Terus je papa ajak beli air katira. Sekali beli 10 bungkus ko... Nak bawak balik KL kan...



Settle beli tu terus balik rumah. Tapi Wan lak ajak pergi bazar. Mama cakap jangan beli apa-apa dah. Makanan banyak. Nak pergi bazar tu tengok je. hahahaha Lawak la mama ni. So kitorang pergi bazar kat peserai je. Dekat dengan umah lagipun... Sekarang ada cameraman yang sudi snapkan gambar tanpa komplen. I loike... Tu yang kat bazar pun ada gambar...



Motif utama pergi bazar adalah nak bergambar kat kedai jual air katira madu ni tapi aku kan pemalu but kena paksa tetaplah slumberkan diri je... Sedap giler air katira madu wey... Nati aku upload gambar ok... Gambar jela boleh. Nak bagi rasa kang batal lak puasa arini. hihihihi


Sahur pulak mama tambah lauk masak apa ntah dah tak ingat. Tapi macam biasa lah. Aku otak dah fikir tidur je kemain lupa nak snap gambar. Dah masuk bilik baru cakap kat Wan lupe snap gambar... Aiyakkkk~ Tapi memang bestla kan berbuka dan bersahur kat rumah mak sendiri... Rindunyaa.... Eh, minggu ni mama datang rumah... Adik nak fly to German... Yeayyy, ley sahur and berbuka sama....



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...