Sembang Jumaat - 2

Minggu ni aku ada sedikit berada di awangan. Jadinya blog dipinggirkan. Banyak nak update end up delete entry and tak jadi update. Apa masalah pun tak tahu la... Jadinya minggu ni kalau korang tengok langsung takde update... hihihihi Maafkanlah tuan punya blog ye... Takde feel nak update kononnya. Arini mehla kita update... Walau sekadar sembang sahaja...Layankan jela... Yang baik boleh ambil dan yang keruh tu buang jauh-jauh ok... *peace*



" Bersyukurlah dan berpuas hatilah dengan yang anda miliki sekarang. Jangan sesekali berfikir bahawa anda akan bergembira setelah memiliki perkara-perkara yang tidak anda miliki sekarang "



Arini aku nak sembang pasal motivasi diri...Bukan diri siapa-siapa pun. Motivasi untuk diri aku sendiri jugaklaaa... Sebagai ingatan dan juga kenangan gitu...Setiap orang ada jatuh bangun dalam life diorang. Tak kesah la besar mana atau kecil mana sekalipun dugaan yang dilalui, siapa-siapa pun pasti akan merasa berada di bawah. Hidup kita kan ibarat roda... Bila dekat atas jangan sesekali lupa yang berada di bawah... Sebab kita juga suatu hari nanti akan berada di bawah. Dan bila kita berada di bawah, jangan terlalu mengagungkan yang berada di atas. Sebab kita sendiri akan merana dan kecewa dengan kehidupan orang lain...



Sebagai contoh, perpisahan. Kita selalu mengimpikan untuk hidup bersama-sama orang yang kita cintai... Sehidup semati SHERASHI BERSHAMA kononnya. Tapi dalam masa yang sama kita selalu dihantui dengan ayat-ayat seperti menyintai tak semestinya memiliki dan memiliki itu tak semestinya menyintai....Bagi aku, semua ni rezeki masing-masing. Bukan yang tak memiliki tu takde rezeki maksudnye. Semua pun ada rezekinya. Cuma bagaimana kita anggap ia sebagai rezeki lah yang membezakannya. Ada yang menyintai macam nak gila tapi lepas kahwin menderita sebab suami kaki pukul... Well, ini juga rezeki. Rezeki Allah swt bagi pada kita untuk menduga dan menaikkan darjat keimanan kita. InsyaALLAH. Ada juga yang tak pernah menyintai, tapi alhamdulillah lepas kahwin bahagia dengan jodoh yang ditentukan ibu bapa... Rezeki jugak kalau jodoh itu ibu bapa yang tentukan. Mungkin lebih berkat jodohnya. InsyaAllah. Macam-macam sebenarnya.... Bukan mudah untuk hadapi semuanya. Tapi bagaimana kita mengatasi dan melaluinya sebenarnya yang akan membezakan kita dengan yang lain...



Kalau kita tak dapat bersama (bernikah) dengan orang yang kita nak, janganlah terlalu bersedih... Allah swt lebih mengetahui apa sebenarnya yang kita layak dapat. Dia yang lebih mengetahui diri kita. Sekurang-kurangnya, sepanjang tempoh bersama (berkawan) itu kita telah berikan yang terbaik untuk pasangan kita tu. Takkan wujud rasa menyesal kerana tak pernah dapat memilikinya... Bersyukurlah dengan setiap peluang yang kita dapat ketika bersama dengannya....Hargai dirinya, sayangi dirinya sebagaimana kita menyayangi diri kita, jangan mengharapkan balasan yang setimpal, sentiasa ikhlas untuk melakukan yang terbaik untuk pasangan kita, serta redha dan menerima apa jua yang telah ditetapkan untuk kita...



Kenapa perlu begitu??? Kerana kita sendiri tak pernah tau akan datang kita bagaimana, hubungan kita itu bagaimana, keadaan akan datang nanti bagaimana... Untuk kehidupan yang lebih tenang dan insyaALLAH sempurna, wajarlah kita untuk berfikiran positif dan sentiasa bersangka baik dengan pasangan masing-masing... Ikhlas dalam setiap perbuatan... Ye, aku tau bukan mudah. Sebab aku sendiri pun belum tentu dapat lakukannya. Tapi sekurang-kurangnya aku cuba dan terus mencuba untuk perbaiki diri dan menjadi seorang yang positif, ikhlas dan bersangka baik....Jadi, dari awallah kita kene menghargai dan bersyukur dengan setiap apa yang kita miliki... Sekurang-kurangnya, memori dan kenangan bersama yang dah pernah kita lalui akan terus diingati...



Kadang-kadang, bila tak dapat bersama sehidup semati tu sebenarnya baru kita sedar akan sesuatu... Selagi bersama, kita mungkin takkan nampak. Mungkin perpisahan itu yang akan mengajar kita jadi manusia yang dihormati, disegani, berjaya dalam apa jua yang kita lakukan, bersemangat untuk meneruskan kehidupan, menghargai setiap yang kita miliki sekarang dan sebagainya... Kita jadi manusia yang lebih baik mungkin. Pucuk pangkal adalah diri kita sendiri... Bagaimana kita menerima sesuatu perpisahan itu dan lalui nya sehari-hari.. Jika penerimaan dan cara kita betul, insyaALLAH kita sendiri tenang dan bahagia dengan setiapnya... Jika sebaliknya, kita juga yang sengsara dan hidup dalam kegelapan... Kita semua ada pilihan.. Setiap pilihan ada risiko masing-masing... Dan buatlah pilihan dengan yakin dan hargai pilihan itu...Berani untuk menghadapi risiko dalam pilihan yang dibuat... Gunakanlah setiap pilihan itu sebaiknya... Hidup ini ada plihan...Itu pasti...



" Sometimes it takes a painful experience to make us change our ways "




*peace no war*



p/s: terima kasih kerana beri diri ini menghadapi, melalui dan merasanya semuanya...terima kasih banyak-banyak

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...