Department aku terus terang aku cakap best. hahahaha Tak menahan puji department sendiri. Yerla kan, kalau bukan aku siapa lagi... Muntahla korang... hahahaha~ Bukan apa, kitorang banyak golongan muda. Dah golongan yang dewasa atau lebih berusia pun sporting. So ada jela aktiviti kitorang. Untuk celebrate end year of 2012, kitorang saje-saje suke-suke organize CSD Bowling Tournament.
Selalunya kalau ada aktiviti apa-apa, semua orang prefer Rabu sebabnya setiap hari Rabu office aku balik pukul5. Hari lain balik pukul6. So sebab balik awal kiranya banyak masa la nak beraktiviti bagai ni. Kalau pergi hari lain, nanti jem lagi kan... So, on that day, aku salin baju dekat office dulu. Takkan nak main bowling pakai uniform kot. Skirt tu. Mau tersungkur aku kang...
Mula-mula kitorang plan nak main kat Summit USJ je sebab dekat je pun dengan office. Plus, tempat bowling dia best. Sekali tarikh yang kitorang available tu fully booked lak dekat Summit USJ ok. Maklumlah, hujung-hujung tahun ni banyak betul company buat tournament. So, belasah la IOI Mall jugak... Naseb la tak jam mana nak pergi IOI Mall. Cuak gak kan... Kang bos komplen lak...
So, dari office kitorang dah tetapkan kumpulan. Since ada 24 orang je yang join so kitorang main 6 lane sebab nak habis cepat. So satu lane main 4 orang. Konon-konon feeling tournament kitorang pun main cross lane la... Awal-awal masa datang kat Ampang Bowl, IOI Mall ni, kemain kerek la kan staff kat sini. Hamboi, aku bayar deposit 50% dah ok. Konon kul6 dah boleh start tapi hampeh... Dekat kul7 gak baru mula. Segan aku tau. Asek la nak explain dekat Japanese bos kenapa lambat games nak mula...
Aksi perempuan comel lagi bergaya main bowling. Cheewahhh, naseb baik bawak bola sendiri ok. Bola kat sini tak banyak choice. Lobang nye tak suit aku nye jari. Ahkak kan jari chumel... Anje angat tau. *Puiiiiiiiiiiiiiiii* Aku team dengan GM aku, Mr Hamabata, Shah, Ropi and aku, Doro. Aku sorang je terselit gegirl ok. Ini tidak adil. Naseb aku tak kesah.
Tengok yang belah kanan tu... Itu kak Yana, local Manager come as bos aku la kan... Kemain beriye lagi dia main. Boleh tahan la... Yang seluar merah tu gambar semua asek tengah khusyuk pilih bola je. Padahal bola nya satu je yang dia bawak. Kecohhhh lebih... hahahaha~
Budak Doro tu kemain khusyuk lagi ok. Kantoi plak time bowling ni nickname aku Doro. Sebenarnya nama Doro tu Kak Kuna yang bagi. Ntah macam mana boleh mula nama Doro ni pun aku taktau. Masa bowling ni masak semua jerit nama aku Doro. Malu seyyyy~ Dengan bos Jepun sekali panggil aku Doro san... hahahahaha~ Tibai la bos...
Gambar candid kononnya. Tapi kalau dah dasar giler bergambar, memanjang jela kau perasan kan mana camera snap. Terus terbantut gambar tu nak jadi candid... hahahhaa~ Fedulik la kan... Janji happening...
Ini kawan gaduh aku kat office... Bukan la gaduh tumbuk-tumbuk tu. Gaduh-gaduh manja je. Hehehehe Ada jela benda yang nak digaduhkan. Pastu gelak-gelak. Bila salah sorang takde tau plak bosan... hahahahaha~ Elok sangat la tu...
Score masa frame yang pertama. Sila perhatikan nama Doro ye... Yes, itu aku. *muka bangga* hahahahaha~ Well, aku pun tak sangka dorhhh dapat banyak camtu. Mungkin sebab aku pakai bola sendiri kot... Tak munasabah langsung ok...
Ini 2nd frame team kitorang. Shah pulak yang lead. Tapi okla. Takde la aku corot sangat kan... hehehehe~ Hama mula-mula dah sakit-sakit pinggang tapi lepas tengok kitorang main beriye and semangat kemain happy lagi dia main. Siap strike and spare je... Mencih.... Eh, tak ley bencih. Dia kan team aku. So takpela...
Ini last frame. Kitorang main sorang 3 Frame. Satu fram dia kira RM6.00 (sebelum 6.00 petang tak silap) plus kasut RM2.00. So total sorang bayar is RM 20.00 je.... Silap la time ni. Patut kutip lebih ckit. Ley la beli hadiah best....
Ini antara japanese kat department aku. Nak jugak tu menyelit kat belakang. Tak ley blah betul budak tu la... Ada lagi Japanese tapi ada yang tak dapat join due to komitmen kerja. Paham-paham la diorang ni semua kuat bekerja...
Dan-dan la aku jadi MC and also PIC yang in charge dengan tournament ni kan??? Naseb baik mak ok je... hahahaha~ So have to thank semua yang join and hopefully there will be next tournament after this too. Tiba lah masa nya nak announced pemenang which aku la tu kene announced. Kiraan dibuat secara computerized ok... So takde tipu-tipu.
Tu dia... Team event haruslah kitorang champion... Pheeewittttttttttt!!!! Thank you korang sebab buat team kita menang. Pasni sure diorang tak bagi kita main satu team lagi... ahaksss... Takpe. Layankan je. Janji enjoy~!!!
Group photo dulu lepas sesi penyampaian hadiah and sebelum balik. Sorry, gambar adalah gelap sebab tukang snap gambar ni anak Kak Yana. So maafkan la dia. Dia taktau nak setting mungkin. Naseb baik aku colour block time tu so nampak la menyerlah aku ni...
Since kitorang just main suke-suke saje-saje so hadiah semua adalah very the last minute. Itu pun buat ada-ada je la. Maybe next time kitorang plan lagi terbaek la. Siap dinner lagi ok. Untuk kategori individu, takdenye nak separate women single or men single. Kitorang gabung terus dua-dua. Then champion je dapat hadiah untuk kategori single ni...
Pemenangnya....
*batuk-batuk kecil*
HEHEHEHHE (",)
Aku la tu champion...
Sorry guys.
Aku rasa memang tuah bawak bola sendiri malam tu...
Next time ye kita compete lagi....
Bubbyeeeeeeeeeeee~
0 comments:
Post a Comment