Khamis lepas, sebab puasa, jadi takde benda lain yang berlegar dalam kepala otak ni lepas naik lunch... Konpem MAKANAN~!!! ahahahhaha Siap google lagi nak makan apa semua... Then dapat berita menggembirakan... Linda nak join jugak lepak... So, maknanya, aku, Yun dan Linda akan bertemu di Alamanda, Putrajaya.... Sebab aku puasa, jadi diorang melayan tekak aku je la... hahaahaha *thank you yang*
Kerana benda ni la aku meroyan nak pergi makan lagi ok... Minggu lepas 2 kali aku makan pretzels ni... Terima kasih la makcik Anne's ye... Buat saya bertambah bulat nampak gayanya... Aku beli choc stick which is yummy and also almond pretzels with caramel. Sebenarnya, sementara tunggu aku, diorang lepak food court dulu. Diorang order popia crispy tu....Kiranya 1st round sesudah azan makan popia dulu.... Then 2nd round makan pretzels... Nampak macam banyak kan melantak, tapi ni kongsi 3 orang ok... *nak juga kalis* hihiihihi
Lepas tu Yun and Linda nak makan lagi.... Eh sebenarnya aku yang berzikir cakap nak makan lagi... lapar lagi semua.. So diorang layankan la... Beli satu set, ye satu set je ok Ikan Pari kat kedai Portugese tu.. Makan la tiga orang.... Sedappppp gitu... 3rd round la kirenyaaaaa
Ni pun kira 3rd round. Budak dua orang tu bila bagi peluang cari makanan, mula la... Siap begedil dengan papadom semua dia beli... Patutla aku tunggu lama giler kat meja... Hampeh tul~!!! Bila kol cakap "kejap kejap kejap" Memanjang kejapnyaa... Ini siapa yang puasa sebenarnya???? hahahaha~
Disebabkan diorang tadi dah pilih macam-macam, lepas 3rd round aku pulak yang konon nak kunyah-kunyah... hahahaha korang kira la dah bape round ni???? Beli and simpan dulu... Sebab nak cari tempat untuk borak-borak minum-minum...
Banyak-banyak tempat, ini je yang macam ramai lagi orang... Dan-dan arini dapat email pasal kopi kat sini kan??? Ok, aku pergi minggu lepas... hahahaha~ Comel siot gambar korang ni... HARAP la korang tak kembang lagi pas baca statement aku ni... ahhahaha~ Lepak sini sebagai penutup perjumpaan malam tu... Sambil makakn choc chip no nut yang aku beli tu... Dapppnyeeeeeeeeeeeee~
Sebelum berpisah dan masing-masing pulang ke rumah, terimalah pose istimewa dari kami...
Schazaza, Yun dan Linda....
Bila semua kerja dan rumah jauh-jauh, sekali-sekala dapat macam ni seronok sangat... Thanks korang... Nanti Yun balik dari Gopeng kita pergi IKEA pulak tolong Linda shopping barang rumah... *woot woot*
0 comments:
Post a Comment