Pulau Perhentian - Last Day

*Sambungan dari Entry Pulau Perhentian - Day 3 dan ini adalah yang terakhir ye. Pasni settle la hutang pasal Entry Pulau Perhentian dengan korang. InsyaALLAH aku akan update and buat entry pasal tips and also expenses ye*


Last day kat sana, of course la bangun awal. Konon nak menikmati sunrise kan? hahahahaha~ Bersungguh ok aku bangun pagi kejot semua orang and gegar pintu bilik semua orang ajak pergi Long Beach. Tapi nampaknya ada yang tak sanggup nak berpisah dengan katil masing-masing. Makanya hanya aku, abang dan ain je la semangat pergi.


Masa nak pergi Long Beach, pintu resort yang untuk ke Long Beach tu pun tak bukak lagi ok. Punyalah awal pagi. Kitorang la orang pertama yang slumber yaya membukanya... Daki bukit turun bukit bagai baru jumpa bayang pantai ye. hahahahaha~ Lalu tepi semak dan hutan sikit gitu. Tiba-tiba ada tractor ke back hoe ni tibai la kan namanya haruslah snap gambar...Terasa diriku ini kurus dan slim gitu. Panjang je rasa kaki tu.... ahhahahaha~ ilusi semata.


Hamek ko... Muke sama tembam je sebenarnya dengan yang sebelah tu... hahahahaha~ korang gelakkan aku lettew....


Diving Centre... Tak dapat buat diving meleleh air liur snap gambar kat pusat diving pun jadilaaaa... *sobssobssobs* srottttttttttttttttttttttt.... Lap hingus!!!
T_______________________________________T


Korang kalau dekat Long Beach ni kan dia punya taxi service 24jam ok. Tapi korang naik speed boat yang satu enjin tu jerk. Mampu dan cuak tak cuak la kan? hahahahhaaha~ Ada berani tengah malam balik kuala Besut??? Idokkklaaaa aku...

Balik dari Long Beach baru la terhegeh-hegeh pergi breakfast. Itu pun ada yang tak bangun lagi ok. Hebat la diorang. Betul-betul ngantok. hehehehe~


Ini last day breakfast kat deck favourite ni. Sepanjang kat sana memang ini jela port kitorang kalau korang perasan... hehehehehe~ Masa breakfast semua bincang nak buat apa sebab boat lebih kurang kul12lebih cmtu. So still banyak masa lagi. Bincang punye bincang akhirnya kami semua sepakat. hehehehe~


Haruslah kitorang sambung sawan. Dah kata gila pulau dan pantang nampak air rasa nak terjun jerk. hahahahaha~ Cari port yang terbaek untuk snorkeling. Sampai ada orang tu tak dapat cari kitorang ok...


Percubaan pertama untuk skin dive. hehehehe~ Comel la plak kan gambar aku ni. Bersungguh ok semua orang nak ada gambar skin dive. Sanggup cuba berulang kali. Yang tak reti pun sanggup belajar sampai reti.


Yang ni gambar terbaek untuk aksi skin dive aku. hehehehe~ Rindunya air laut. Ni yang sanggup skin dive kat PD je. Tapi macam euwwww sangat kan....Please ignore the curve a.k.a montot tu ye.... Tak boleh nak selindung dah...


Saat-saat terakhir snorkeling kat Perhentian mestilah kena snap macam-macam aksi. Pose pertama, semua pakai mask and snorkel.Happy kan? Tapi sayang tak cukup korum la..


 Aksi bebas... Memang bebas sangat ok. Korang tengok yang belah kiri hujung sekali tu. Kaler pink. Over kan posing. Nasib la splash air tu lindung. Kalau tak mau pitam. hahahahah~ *sorry kak*


Super cool aksi ni. Ninjas ok... Konon nak serang musuh lalu dalam air. Tenggelam tak tenggelam timbul tak timbul. hehehehe comel sangat~ Lee sorang je cacat sebab snorkel dia sorang je pelik. 


 Pose gedik pulak... ahhahahaha~ Gedik sangat ok yang dua lelaki tunjuk peace tu... Siap senyum nampak gigi and lentikkan badan. hahahaha~


Lastly, pose with water splash... hehehehe~ Terbaek la kan? Sebab terus tak nampak muka dah...Hilang dari pandangan terus aku tau.


Kenangan terindah kami dan terakhir untuk tahun ni buat aku... Sedihnyaaaa tak dapat join pergi Tioman nanti...Balik bilik terus siap-siap mandi and pack barang. Then kemas apa yang patut dan tunggu di jeti.


Abaikan muka candid aku yang macam berkerut tu... Ntah apa-apa je tau. Tak suka gambar dari pandangan tepi. Nampak bibir aku sama macam bangbil. Juwir lebih. Haaa.... gelak gelak??? TAK BAIK TAU.


Ahli-ahli rombongan bergambar kenang-kenangan sebelum bot sampai. Semua  best and sporting sangat. Syiok wooo... Mengeratkan silaturrahim... InsyaALLAH.


A happy pose and close up. Barulah nampak sikit muke masing-masing yang dah hitam tu kan? Nampak gigi je uols...



Kami ahli GJ....Comel je semua orang posing. Sayang korang.


Merenung masa depan. Entah bila dapat kumpul dan holiday bersama lagi macam ni kan? Nice pose kawan-kawan...


Gambar ni aku buat wallpaper aku nya pc kat office ok. Rasa nak gelakkan Lee sebab kaki dia paling rentung. hahahahahaha~ Tapi, muka siapa paling rentung sekali??? Lu pikir la sendiri... hahahahaah~



Akhirnya, dapat jugak aku habiskan entry tentang Pulau Perhentian ni. Harap semua yang aku post sedikit sebanyak dapat membantu korang bila nak plan datang pulau Perhentian ye. Terima kasih kawan-kawan kerana sudi dan terus sudi membaca blog ni...



InsyaAllah, akan update pasal expenses plak pasni.
Sehingga bertemu kembali di lain masa.
Akhir kata, sambutlah salam sayang dari aku...
muahhhhh~


 Adiossssssssss korang....
Jumpa lagi.
Bye bye Perhentian.
I'm in love with you~
 xoxo

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...