Chicken Grilled

*HYE KAWAN-KAWAN... KITA SEKARANG TENGAH NAK BELAJAR MASAK. SO, MARILAH SAMA-SAMA BELAJAR MASAK DENGAN KITA*
hahahhahhahahahahahaha~



Helloooo.... I'm back. Sorry, aku tak sempat nak update blog siang ni. So ini malam aku kasi fungsi sikit aku nye laptop yang hidup segan mati tak mahu ni. Kalau korang nak tau, nak buat entry ni pun lebih sejam ok. Giler laaaaa....  Tapi aku gagahkan jugak sebab nak tunjuk aku nye semangat ni. hehehehe~ Jom kita masak...



1) Marinate ayam (make sure ayam telah dibuang tulangnya ye). Bahan-bahan untuk marinate ayam ialah:

- chopped garlic
- dry oregano
- paprica powder
- olive oil
- salt
- pepper

Ok, bahan-bahan ni semua korang masukkan ikot sesedap rasa la. Aku pun tak tau macam mana nak sukat sebab aku main tibai campak je semua bahan dan gaul kan. Lepas aku gaul then simpan dalam tupperware and perap dalam peti ais. Dah settle perap beberapa jam barulah korang grilled kan macam dalam gambar diatas ye.



Taraaaaaaaaaaaaaaa.... Chicken Grilled yang dah siap. Tapi aku tak jirus sos plak. Takpa aku still bagi recipe untuk sos nye ye....

2) Black Pepper sauce with Mushroom. Bahan-bahannya ialah :

- 2biji kentang
- sedikit bawang goreng
- serbuk black pepper Meggi (aku guna brand ni)
- 1sudu sos cili
- 2camca gula
- sos tiram secukup rasa

Mula-mula korang kopek kentang dah potong bulat-bulat dan goreng. Lepas goreng dan dibiarkan sejuk, bolehlah blend beserta sedikit bawang goreng tu. Campur air sikit sehingga agak-agak kentang tu tenggelam dah boleh blend. Settle blend masukkan dalam periuk and campur air lagi kalau terlalu pekat. Pastu baru masuk semua bahan-bahan yang lain. Dah mendidih tu boleh la letak cendawan butang yang dah dihiris kalau nak. Korang alter la ikot tekak masing-masing. hehehehehe :D



Selamat Mencuba Kawan-kawan!!!
xoxo~

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...