Sekelip Mata...

Ye, memang macam-macam boleh berlaku dalam masa sekelip mata sahaja. Just like "snap" *ala-ala beyonce* macam-macam boleh berlaku kan? Semua orang selagi hidup di dunia ini takkan terlepas dari semua ni. Aku juga turut tidak terkecuali. Tapi benda-benda yang berlaku sebenarnya adalah pengajaran dan pengalaman buat diri kita mahupun orang di sekeliling kita. Makanya, walau apa pun berlaku dan terjadi, haruslah bersyukur dengan segala yang kita miliki kerana tidak semua orang memiliki segalanya yang kita miliki. *ingatan untuk diri sendiri*

Kalau minggu lepas kita tertawa riang training netball and enjoy sports carnival, minggu ni kita duduk diam pula. Macam tak percaya sesuatu perkara tu boleh berlaku dalam sekelip mata je. Kalau semalam kita makan dan bermesra bersama, mungkin harini kita mengadu, menangis dan peluk erat sesama sendiri. Itulah yang dimaksudkan dengan Sekelip Mata...

Semalam, lebih kurang pukul 11 pagi, Kak Nurul text aku mintak tolong hantar pergi klinik sebab dia sakit perut lain macam. So aku terusla isi borang and berdesup bawak dia pergi klinik. Sampai klinik dan jumpa doc, terus doctor refer pergi hospital. Dengan tak bawak handbag semua so patah balik pergi office ambil wallet at least kan dan terus ke KPJ yang terhampir. Daftar dan tunggu dan tunggu then nurse suruh aku masuk tengok Kak Nurul. Masuk je tengok dia tanya doctor cakap apa semua. Then dia cakap tak tau. Tak lama lepas tu, sempat lagi kitorang berlawak and gelak bagai sebab nak tenangkan diri kan, doctor pun datang. Dia cakap kena terus admit and kena puasa terus. Masa ni aku dah tau dah mesti kena operate. Tapi macam biasa la, pesakit mana nak ngaku sakit. Dan-dan cakap dah baik and nak balik. Terus kene bebel dengan nurse. Lepas settle urusan admission dia aku balik office sebab nati petang datang lagi bawak barang-barang dia semua.


Sampai-sampai je tengok dia tengok tidur tak tidur. Rupanya dah operate. Alahai, kesiannya. Takda siapa yang menunggu time die operate. Tapi takpela. Alhamdulillah semua dah selamat. Cuma dia masih kena puasa lagi malam tadi.


Kesian budak ni. Sampai dah operate pun masih geleng kepala tak percaya perut dah kena tebuk. Aperlaaaaaaaaa.... Walau tak kronik pun, cuak tetap cuak kan? Kalau pagi boleh senyum gelak sama tibe-tibe petang dah kena bedah... Memang sekelip mata. Mau dia nak percaya kan?


Kepada Kak Nurul, semoga cepat sembuh. Kalau nak nangis sila nangis sekarang. *ok, yang ni keji* hahahahha~ Jangan risau-risau sangat ok. Takda hal la setakat pergi balik hospital tu kan... Macam biasa, nati claim invoice. lalallalalalalalaa~ Nanti kita makan cili potong berjemaah lagi ye. Terbaekkkk~

Get well soon!!!!
Next week ada larian.
Tinggal laaa...
Bye bye~
*sambung gelak* 

Masih sama....

Hye korang... Salam Jumaat. Aku rasa this week aku tak update blog sangat. Busy and macam-macam hal berlaku. Aku try la share satu-satu nanti ye... Don't worry. Pada yang jengah blog or komen-komen, terima kasih banyak-banyak. So far aku tak pernah lagi tak balas komen korang. Korang nak tanya lebih-lebih boleh email aku terus. InsyaALLAH aku reply. Kepada Sarah Mohamad yang tanya kamera apa yang aku pakai untuk gambar underwater masa pergi Perhentian, aku dah reply kat komen. Terima kasih sebab komen and google. hihihihihi~

Aku rasa tulisan aku dari dulu sampai sekarang tak berubah la... Tak kisahla tulisan untuk isi borang ke, buat notes kerja ke, tulis kad ke or apa-apa mesti lebih kurang sama je. Aku ni nak kata tulisan cantik bebenor, idoklaaa. Tapi kemas tu pasti. hahahhaa *jelingtajam* yerla, aku kan kemas orangnye. Kotor sikit tak boleh, comot sikit tak boleh. Kalau tengok buku-buku aku time study konpem korang menangis tengok. Bukan apa, kemas sangat. Pastu colourful sangat ok. Menarik je nak baca. Itu yang ramai suke pinjam nota aku. hehehehe


Ha, macam ni. Aku buat notes kerja. Amacam? Tak cantik kan tulisan? Tapi kemas kan??? Haaa... kira ok la tu. Orang kata dari tulisan ni la kita boleh tau seseorang tu macam mana kan? So, sekarang kira aku orang macam mana??? hehehehehhe~ *senyum tak perlu kata apa-apa*


Aku rasa aku memang macam ni la. Kalau buat notes ke tulis apa ke mesti beriye nak pen warna macam-macam. Well, aku kreatif kononnya. Dulu cita-cita nak jadi arkitek atau interior design. Ada jugak nak jadi apa-apa yang related dengan Arts, tapi cita-cita pama lagi penting. So kita follow jela. Lebih afdhal orang kata. Alhamdulillah, tiada proses pengangguran berlaku dalam hidup aku.

Korang yang kerja macam aku hari-hari mengadap komputer, ada try tulis and tengok sendiri tulisan korang yang sekarang tak? Cuba korang tulis. Konpem macam hape je tulisan. Sekarang kan mana pakai tulis-tulis ni. Semua bantai type-type kat komputer kan??? Pilih jela nak font apa. Sampai surat cinta pun agaknya nak type bagai... Tak feeling sungguh!!! hahahahaha~

Apa-apa pun, tulisan melambangkan peribadi seseorang. Dan tak semestinya tulisan cantik tu bijak dan tulisan buruk itu bodoh kurang bijak ye. Sebabnya, tryla korang tengok tulisan doctor macam mana. ahahahaha aku bukan nak kutuk doctor, tapi sumpah wey tulisan doctor paling tak paham. ahhahaha~



MARILAH KITA BELAJAR MENULIS DI BUKU GARIS TIGA
OK,BYE

Karnival Sukan 4S - Part 1

*Muntahla korang tengok update and entry pasal sukan je dari aku. hahahaha Sorry la, ahkak busy bersukan jadi haruslah update pasal sukan je. Pasal makan sikit pun takda*

Karnival Sukan 4S telah diadakan di ILSAS, Bangi bermula Jumaat, 22 Jun 2012 sehingga Ahad, 24 Jun 2012. Perghhhhhhhhhh, best giler. Sepanjang karnival sukan ni, Zainal Abidin Raof yang jadi pengacara. Pheeewittttttttttttttttt~!!! Tapi sorry la korang. Aku takda snap pic satu pun dengan dia. Apatah lagi gambar dia sorang... hahahaha~ Kejam ke??? Bukan tak minat laaa... Cuma malu jerk...

Kenapa 4S??? Korang mesti nak tau kan? 4S tu sebab kat Malaysia now ada 4 SHARP la tak kisah manufacturing or admin...Ada dua je kilang kat Malaysia sekarang. Satu kat Batu Pahat, Johor and satu lagi kat Sg. Petani, Kedah. Yang lagi dua tu kat Shah Alam je. Satu sales & services and satu lagi tempat aku keje ni... hehehehe~

Meh kita mulakan dengan opening ceremony on Saturday morning. Meriah la jugak walau ada 4S je tapi seronok sebab dapat jumpa geng-geng dari Sharp yang lain juga. Of coz ada perbarisan lintas hormat pagi tu tapi takda la formal masa zaman Kadet Polis ke Kadet Remaja tu. Sempoi jerk. Jalan-jalan lenggang kangkung lambai-lambai tangan sudah. hahahaaha~


Ni sebahagian dari SEM members. Sebelum marching bermula kitorang posing ler dulu... Bukan selalu kan? 2 tahun sekali bhai baru dapat buat macam ni. hehehehe~ Ni semua my netball team kecuali yang sorang tu sesat sebab dia bowling team tapi join netball team. :D


Tabik hormat untuk diri sendiri sebab mampu dan meneruskan semangat netball walau cedera di jari dan lutut. Memang terbaek!!! Yang penting semangat....


Peace untuk semua yang bersukan. Semangat kesukanan yang sebenar yang kita cari. Menang atau kalah adat bertanding. Menang dengan bantuan macam memalukan. Tapi kalah dengan bermaruah lebih bermakna sebenarnya. 


Antara aksi-aksi candid masa lawan dengan jiran sebelah... Betul-betul menguji wooo~ Takpa, will improve from time to time. At least, pengalaman tu yang berharga sangat-sangat.


Alamakkk, terasa aku paling pendek woooo... Diorang semua besar-besar and tinggi-tinggi... Giler kentang laaaa!!!


Suka gambar ni. Nampak semangat giler. Efek dari jaring tu nampak sangat cuaca panas tapi berangin.... Kan??? Tapi nice shot la this one.


Sebelum masuk padang dan memulakan permainan mestilah ada briefing pasal rules & regulations sikit... Sambil-sambil tu say "cheese cake". hahahaha~ KEMBONG giler seluar aku tu. Nampak sangat seluar tu besar. Padahal size S dah.


Gambar paling cun!!! One team!!! *wootwoot*


Ni adalah aksi lepas last game match kitorang. Lepak bawah pokok sambil cerita and share pengalaman masing-masing. Its a good thing kan?


Apa jugak la yang aku pandang tu??? Tengok mamat hensem lalu ke apa??? hahaahaha~ Sorry, takda yang lalu lalang la time ni. Rugi wooooo~


Termenung mengenang naseb... hahahaha~ Takla, time ni tengah cooling down. Tu pasal muke camtu.. Lenguh-lenguh kaki bagai....


See, sempat lagi aku peace kat camera.... Untung giler tak bawak camera. hahahaha~ Sebab ada orang tolong snap guna camera dia....


hahahahahaha~ Tak leh blah la budak ni.... Gaya berjalan tu ganas woooo!!!


Aksi center pass. Nak grab bola korang ingat senang??? Bersungguh tu aku lari ke C and nak dapatkan bola tau. Korang agak dapat tak??? ahahahaha~ Sorry, aku tak ingat dapat ke tak....


Sorry la asek aksi aku je kan? Dah blog aku kan? Of coz nak kena letak gambar aku banyak sikit... hehehehe~


Apesal aku buat muke macam jijik???? hahahahah~ Ba alif ngang betul.... Tapi memang sempoi habis laaa... Korang tunggu aku update lagi ye...



Ok, itu je so far gambar-gambar dan cerita untuk entry kali ni. Semua tu berlaku Sabtu pagi sampai tengah hari jerk. Akan sambung yang lain-lain pula nanti. InsyaALLAH... Hope korang enjoy reading!!! 















Thank you and come again....













Sebelum tu....























Paling "COMEL"
ptuihhhhhhhhhhhhhhhhhhh....




























Peace NO War

hahahahhahahaahahhahahahaa~


Adios...
Amigos...
XOXO~

I Need Spa...Please

Helloooooooooooooooooooo korang... 
Sorry tak update beberapa hari ni... Aku busy bersukan. hehehehe 
Weekend lepas kan ada Karnival Sukan SHARP seluruh Malaysia... hahahahahaha~ 
Jadi nanti aku akan update cerita pasal hal ni. 

Now aku penat and letih tahap maksimum...
Badan lenguh dan sakit-sakit.
Aku rasa main netball dah macam main ragbi ok...
Muka kena siku orang lagi...
Tapi enjoy sangat-sangat...
Guling-guling kat padang pun takda hal.
Lutut sakit macam hapa pun biar jela dulu...
Ada siapa-siapa nak belanja aku Spa???
Jasamu kukenang selamanya....
uhuhuhuhuhuh~




Arini aku tayang gambar je dulu ok....






















TARAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA....~!!!!



Ok dah....
Aksi paling cool aku rasa....
Itu jela aku udpate...
Esok-esok aku sambung....


ADIOSSSS~!!!

Shopping Raya....

Ok, ni nak cerita hal 2 minggu yang lepas. Punyalah lama kan? hehehe Sorry laa... Agak kepam sedikit entry ni ye. Btw, entry pasal Singapore pn masih hutang lagi. Ada lagi 3 entry kat drafts aku tau. hahahhaha~ Bernanah la korang tunggu ye... Tunggu ok. Akan aku update juga. Korang selalu suka pergi jalan TAR tak??? Well, family aku suka ok pergi jalan TAR especially kalau nak cari baju raya. Sometimes kitorang siap tidur kat hotel atas Globe Silk Store tu. hahahahaha~ Meriah tak meriah la semata nak shopping kan... So, Ahad lepas pagi-pagi kitorang (my family) dah gerak ke KL from Puchong. Setiap kali pergi jalan TAR konpem akan parking kat SOGO. Biar mahal asal selamat kereta, insyaALLAH. Time sampai SOGO, parking banyak lagi sebab baru nak bukak pintu SOGO pagi tu. Punyerla awal kan...

Destinasi pertama sesudah parking adalah toilet. haahhaaha~ Sorry la, aku pantang kalau minum ke makan sikit konpem nak toilet. So kasi clear ini perut barulah syiok nak shopping. Lepas settle terus sesi terjah. Mula-mula terjah kedai Bawal Exclusives. Adik aku nak cari tudung. Tapi aku paling tak paham, setiap kali beli tudung balik-balik hitam, balik-balik kelabu. Apa kau takde tudung kaler lain ke dik??? Kesian laaaa.... Suruh beli warna lain taknak ok. Stress aku. Pastu jalan tengok-tengok kain and tudung sepanjang jalan tu. Then lalu depan SEMUA HOUSE of course la akan beli KOPI SATU. Sedap uols i tell you. Mesti korang pelik kan? Yerla, parking kat SOGO tapi tak jalan-jalan dalam SOGO. Ohhhh kemon. Korang silap. SOGO paling last la nanti baru kitorang round. 

Dah dapat air KOPI SATU, haruslah kena berjalan pergi kat JAKEL area MASJID INDIA tu ye. Pandai pama rasuah anak-anak mereka. Kasi hilang haus dulu pastu menapak jauh ok. Sampai jakel ko paham-paham la. Pening kepala otak ni fikir nak beli baju apa. Tapi bukan untuk aku la. Diorang yang membeli. Aku tukang bawak barang jerk. T___________________T Kesian kan? Kalau tak berjam dalam Jakel memang tak sah la. FYI, papa aku dia very concern pasal materials etc ni bagai. Cerewet tu takla tapi dia lebih nak yang terbaek untuk seisi keluarga. Tang ni aku berkenan dengan semua taste papa. hahahaahhaah~ So mama lak, dia kalau suka macam mana pun tapi kalau papa geleng, dia takkan beli even guna duit dia sekalipun. See, very the isteri mithali. Chewahhhhhhhhhhhhh~

Ada la beli sikit baju abang, adik and mama kat sini. Ohhh, ada beli baju untuk Kak Mas and Abang Azhar juga. Mereka ni helper kat rumah kitorang. Tapi weekly and functional basis jela. But if semua takda rumah, diorang akan tidur kat rumah. Macam tu la lebih kurang. Its like a family kan... Then lepas je settle kat Jakel, marilah isi perut di SEMUA HOUSE. Kitorang paling suka makan nasi lauk-lauk kat sini. Tapi aritue aku tibai makan sizzling chicken grilled. Meletop ok. Jeles je diorang. Tapi sedap woooo....

Dah kenyang???? hahahahha Haruslah sambung lagi kembara. Kita ke EURO MODA lak. Pastu Gulati's and segala adik beradik Gulati's kat jalan TAR tu... Giler tak giler laaa.... Sehari suntuk ok berjalan kat area situ jerk. Tak reti muak ke apa. Tapi ni lah yang best pasal pama. Diorang suka  jalan-jalan and shopping. Tiap-tiap minggu pasti ada je agenda diorang tau. Paling dekat pun Melaka or JB. Janji spend time sama.


Ok, nak tengok hasil tangkapan sehari suntuk tu????
Banyak tak banyak sangatlaaaa....
Ini baru baju untuk raya 1st and 2nd ok...
Belum lagi langsir ke baju jeans and blouse ke kan???
hahahahahah~
Lantakkkkkkkkkk....

























Sedia????






































PITAM!!!!


Penuh bonet kereta dengan barang ni jerk....
T______________________T


Agaknya kalau lagi besar kereta lagi banyak diorang beli....
Oklahhh...
Later kita celoteh lagi ok...
Itu saja...
Enjoy!!!
xoxo~

Paling Comel...

Jumaat lepas, masa dinner dengan GJ semua, tiba-tiba timbul cerita pasal nak tengok Madagascar. So masing-masing tanya nak tengok bila. Then sebulat suara cakap nak tengok Sabtu. So aku on la sebab dah tentu-tentu aku tukang beli tiket. Masa tu yang tak dapat ikot si Lee and Fadzrin je tau. Jadi balik malam tu terus la aku check waktu and harga tiket and sms kak Nurul. Setelah berbincang, maka aku beli tiket kul1.50pm Sabtu tu untuk 4 orang. Sekali aku bangun pagi je tengok ada whatsapp dari bro. Dia cakap budak 2 orang tu gedik nak tengok jugak. hahahahaaha~ Maka, bro la yang kena beli tiket. Aku malas!!! hahahahahahaha~


Comel awek ni. ahahahahah Ok, stop. Tak kuasa nak puji diri sendiri. Around pukul1 lebih macam tu, janji nak jumpa kat office then gerak sama-sama. Aku dah drive slow giler pun diorang ni tak sampai ok. Hampeh tul budak laki ni. Sampai USJ terus la amek tiket and beli popcorn.


Sekali aku terpandang poster ni. Terus ajak kak Nurul bergambar. Tapi macam biasa la. Aku yang bergambar kak Nurul tolong snap kan jerk. hehehehe~ Thanks kak. Pasni kira akak officail photographer zaza la eh? yahooooooooooooo~!!!!

Tapi korang, sumpah cite Madagascar ni best and kelakar wey.... Bro gelak paling kuat ok. Dahla gelak takde tomakninah.... hahahahhaha~ Comel je cerita ni. Sumpah tak menyesal. Aku dah berangan dah ni. Beshnye kalau ada sarkas macam dalam Madagascar tu...


After bowling, slumber ok main bowling. Dahla pakai dress. Badak tak badak la kan slumbernye. Naseb la tak terjatuh ke apa tau. Ni semua kak Kuna punya pasal. Dia nak training bowling tapi takde geng. So haruslah aku kena main sekali. Sambil main sambil borak sambil snap gambar.... hahahaha~ Paling pasti, semua pandang ok. Apa kes nak main bowling pakai dress kan? Mesti diorang rasa nak lempang aku je kan? hahaahahahha~ Ahkak tak dulik....


Korang tengok, pakai dress pun mampu buat balingan spare ok... hahahahaha~ Sumpah, memang aku berjaya buat spare. Tak tipu woooo~ Strike pun ada. Malas je nak kecoh... Jomla ada berani lawan bowling dengan aku. hahahahahha :)


Kalau rasa-rasa nak lawan bowling, roger-roger yerk... InsyaALLAH akan dipenuhi hajat tu...
Cheeeeewahhhhhhhhhhhhhh....
Oklaaa, arini ahkak ada friendly match lagi...
Kelasssssssssssssssssss sangat kan?????


Jumpa lagi...
xoxo~



Usaha Tangga Kejayaan... InsyaALLAH

Semalam aku asek buat entry pasal makan je kan? Sampai ada orang tu terliur sebab lapar. hahahahha Pedulikkkk!!! Aku pun lapar sebenarnya. Itu pasal ada entry makanan. hahahahah *modekeji* Tapi arini aku nak cerita pasal sukan. Biasalah, kalau dah makan, makan dan makan, of course la kena bersukan pula. Ye tak? Nak jaga badan la katakan...hahahhaha~ Ohhhh tidak. Itu tipu. Sebenarnya, sekarang aku kan tengah busy training untuk Sports Carnival this weekend kan. Jadinya haruslah ada friendly match je manjang. Kalau aritue match dengan Juara Kementerian, kali ni match dengan team R&D PROTON Shah Alam lak. hehehehehe Chekidouttttttttttttttttttttttttttttt *gayalisasurihaniiklanDIGI*


Buat pertama dan julung kalinya masuk PROTON ok. Apa yang aku boleh simpulkan, malu!!!!!!!!!!!! Apa taknya jantan-jantan je ramai kan... Baru nak jalan pergi court dah dapat sorakan free. Perghhhhhhhhhhhh.... giler saiko ok... Pheeeeeeeewittttttttttttttttttttt memanjang. Sejak bile diorang keje part time jadi cencorot pun aku taktau. 


Belum lagi kitorang mulakan sesi warm up. Setakat senaman kat atas ni diorang chill lagi... Bila start jogging je, masakkkkkkkkkkkkk.... Semangat kaw-kaw diorang. Bukan semangat apa, semangat tengok kitorang jogging. Rasa nak lempang jerk... Dasar!!!!


Perhatikan budak yang pakai baju biru tu... Kelihatan comel disitu. *tiba-tiba* Yang sebelah kiri baju merah tu coach kitorang, Kak Suhaila. Sporting and supportive sangat. Seronok tau.


Yang ni antara penyokong dari office aku. Semangat ok diorang. Memekak dan sama naik dengan budak-budak Proton. Hampeh betul.


Yang ni sebuk try shoot. Yang paling tinggi tu shooter kitorang. Bukan tiang ye yang tinggi. hahahhaa~ Kak Norli memang hebatla.... Dahla tinggi, senang je dia nak amek bola.


Sesi penerangan rules & regulations sepanjang permainan. Sempat lagi Kak Reen a.k.a photographer and videographer kitorang. Thanks Kak Reen.


Amboi, korang sempat lagi ye buat aksi. Apesal aku tak pandang camera time ni? Ohhhh... candid rupanye. Aku kan semangat. Jadi haruslah fokus kepada pertandingan. hahahahaha~


Time ni rest 3 minit. Tak tau la bape jaringan dah time ni. Sebab takde orang yang kira. Pemain pun takda yang mengira jaringan ok. Apa pun tak boleh. 


Kakak-kakak senior netball yang sudi meluangkan masa dan menyokong adik-adik pemain netball. hehehehe Haruslah datang sokong kan? Dekat je kot dengan office.


Team PROTON. Diorang ada ramai ok. Siap ada team A and team B. Diorang pun sama-sama baru main netball dengan kitorang. So okla kan. Gain experience sebenarnya bila kita selalu buat friendly match ni...


Kemain comel lagi semua. Haruslah ada sesi bergambar setelah penat bermain. Korang tengok jela muka masing-masing. hahahahah Peluh sakan ok.... ;D


Ni paling happening. Rasa macam Koreans je bergambar comel macam ni. hehehehe Anyway, good job guys. Lets keep on fighting.... Never give up ok. Kalah menang adat bertanding. Lagi satu ayat Kak Sari semalam "kalah pasti, menang belum tahu". Semangat!!!!! Bangkit!!!!


Semoga kemenangan berpihak pada kami. 
Usaha tangga kejayaan....
InsyaALLAH~


Till then... xoxo~

Happy Father's Day...

Sorry.... Baru arini aku nak buat entry Father's day... Hope masih tak terlambat la yerk. heheheheh ;D Mula-mula, adik aku patut balik KL naik bus weekend lepas. Tapi pama and abang aku dah pakat nak surprise kan adik aku sebab diorang tak sampai hati nak biar adik aku naik bus balik KL. Padahal, masing-masing ada agenda kan??? Ingat aku tak tau lettew.... hehehehe Yang adik aku ni hari-hari duk tanya papa dah beli tiket bus belum. Tapi papa pandai berlakon. Asek la memanjang cakap tak sempat la, keje jauh la, tak lalu situ la and macam-macam. Aku macam biasa main peranan jela. Konon-konon BBM adik aku tanya balik KL ari apa sebab aku la kononnya yang kena jemput dia kan? ahhahaha Padahal...Kitorang semua berlakon jerk. Kesian adik.... I know you are reading this... hihihihihihi


Hamekkkkkkkkkkk.... Makan-makan celebrate Father's Day sekali. Asalnya nak pergi breakfast je sekali nenek dah masak nasi lemak sambal sotong kt rumah kan. Jadi batal la nak pergi breakfast. So masa keluar rumah konon nak hantar adik, then papa cakap kata nak pergi The Curve. So terus la ke The Curve.....


Mamat ni konon demam... Jadi manje sangat!!!! *tangandibahumatakeatas* sikit-sikit ngadu kat aku and adik dia demam. Sorry, kitorang malas layan. Pastu suruh aku drive la kan sepanjang hari.... Cisssssssss!!!! Demam konon. Berjalan menjengkit... Dah baik lettew...


Dear dad, I love you so much and thank you for all the things that you do for me. Thank you too for your supports and always buy anything for all of us especially me. You are my real superhero and because of you, I am who I am today.... Thank you so much again. *sorbsorbs*


And I'm glad that until now, I can still consider myself, a daddy's little girl. Muahahahahahah~ Don't be jelly sister....


Jemput makan kawan-kawan.... Slurppppppppppppppp sedap giler!!!! Petang-petang macam ni buat aku lapar ok.. Dik, jom pavlova plak... Tak dapat lagi pavlova....


Until then...xoxo~
Muahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhssssssssssss
*melekat*


p/s: kalau bab pergi makan, konpem kuasa di tangan aku. Boleh pilih makan katne....hehehehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...