THE VOW

THE VOW *google*

Korang suka tengok wayang tak? Eh, macam janggal sebut wayang kan? Ok, semula. Korang suka tengok movie? Hahahahaha~ Aku tersangat la suka ok. Tak kesah cerita apa aku tibai tengok. Tapi bila kerja ni agak  jarang keluar tengok movie. Tapi akhirnya malam tadi aku pergi tengok movie. Cerita THE VOW. Tengok dengan geng jimba la apa lagi. Hahahahaha~ konon nak feeling sesame kan? Perlu ke? Hihihihihi so, meh sini aku nak review sikit pasal cerita ni. Cite ni mengisahkan Paige (Rachel McAdams) yang coma dan hilang ingatan bila sedar selepas terlibat dengan kemalangan bersama suami dia Leo (Channing Tatum). Kau cuba bayangkan kau coma pastu bila kau sedar kau langsung tak ingat yang kau dah kahwin and ada suami. Sentap ok suami korang. Hahahahahah~ sama la mcm si Leo ni. Sedih dia bile Paige tak ingat dia langsung. So, kerana cinta dan sayangnya dia pada Paige, Leo usaha bersungguh-sungguh untuk buat Paige ingat dia dan jatuh cinta sekali lagi dekat dia. Pheeeeeeeewitttttttttttt…. Sweet giler la Leo ni. 


Antara quote yang aku suka :



Masa ni diorang kahwin dekat dalam muzium ok. Itu pun curik-curik. Cuba bayangkan bila kawan dia nak announce "you may now kiss the bride" macam tu, tiba-tiba pengawal muzium semua datang. Lintang pukang ok diorang semua lari. Tapi sangat sweet la moment ni.



Aku rasa, paling sentap part ni la. Sebab nya kan Leo beriya nak cuba geletek Paige sebab itu the only way untuk buat Paige turn on. Sekali Paige marah ok.  Kesian Leo sentap. Muka berubah terus masuk dalam bilik. Sembunyi belakang pintu dan meleleh sikit.


Leo: Life’s all about moments of impact and how they change our lives forever. But what if one day, you could no longer remember any of them?

Leo cakap macam ni masa dia monolog dengan diri sendiri sepanjang Paige coma tak silap.... kesian kan Leo... Dah la hensem... #eh #pehaltu

Leo: But how do you look at the girl you love, and tell yourself it’s time to walk away?

Masa ni dah kemuncak jugakla. Leo macam dah tak tahan. Sebab Paige memang tak ingat dia langsung dan tak cintakan dia. *i iz zad*
Paige: You accepted me for who I am, not who you wanted me to be.

Tengok....Betapa Leo tu sayang dan cintakan Paige sangat sampai sanggup buat apa je untuk Paige. Sebabnya Leo nak Paige happy. Itu jerk. *sroootsrotttttttt* lap hingus

Rita (Paige’s Mother): I chose to stay with him for all the things he’s done right; not the one thing he’s done wrong. I chose to forgive him.

Yang ni aku salute mak Paige. Even dia tahu husband dia curang tapi dia pilih untuk memaafkan.... kita semua pun ada pilihan yang sama. 


Pada aku, Leo seorang lelaki yang baik. Even dia tahu reason sebenar Paige putus hubungan dengan keluarga dia tapi dia tak pernah sekali pun cakap kat Paige pasal hal tu. Sebab dia cakap dia nak dapat cinta Paige dengan cara yang betul. Bukan dengan bongkar rahsia keburukan bapak Paige. Lagi satu, dia tak nak Paige putuskan hubungan dengan keluarga lagi ok. Perghhhhhhhhhh, sweet giler.



Korang nak tahu lebih, sila tonton... 


AMARAN KERAS : Kalau tak romantic ke jiwang ke, sila jangan tengok. Kang korang kutuk je citer ni. Bazir!!!!

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...