Aku Berkenan la...

Orang kalau dah berkenan mulalah tangan gatal kan? Bukan gatal apa. Gatal google image cari gambar paling cun then jadikan desktop. Perghhhhhhhhhh. Terliur la tengok... Benda paling latest aku berkenan sekarang adalah kereta. Kereta bukan sebarang kereta. Dulu pernah berangan nak ada Honda Jazz. Tapi pama cakap kereta HONDA ni manja. Sudahnya memang sampai sekarang tak pakai Honda. Motor honda kapcai pun aku takda yerk...Aku ni jiwa vrooom vrooom la. Sebab tu sanggup berhujan dan berpanas tengok MotoGP atau F1. Drift pun aku pernah pergi tengok tau. Tapi skang aku berkenan tengok HONDA CR-Z ok... Mana-mana pergi kalau ternampak even tengah drive boleh teleng kepala aku ni. Mesti cool gila bawak kereta ni. Tak cantik dan tak cun pun takpe. Asal kereta cool dan macho macam ni konpem ada ramai mamat terpikat. haahahaha dasar!!!!

Meh aku cerita serba sedikit kenapa aku suka kereta ni... (Gaya advertiser) Walaupun kereta ini kedekut hanya kerana memiliki dua pintu, aku suka sebab kereta ni ada gaya tersendiri. Luas pun luas. Selalu kan kereta dua pintu sempit kan? Tapi ni luas ok. Bonet kereta pun luas. Ibarat boleh letak dua biji golf set. Tapi its a two seater car ok. Bukan macam Proton Satria boleh sumpat 5 orang. Lepas tu bentuk kereta nya aerodynamic sesuai untuk aku yang suka speeding. Dah dapat saman baru insaf sikit. Sikit jela tapi. Ada banyak storage dalam kereta ni tau. Bukan setakat tu je, reka bentuk Aerodynamic kereta ni ada style ok. Tak macam kereta-kereta lain. Dahla, aku malas nak cerita dan pumpang lebih. Bukan aku beli pun kereta ni. Cuma minat dan berkenan jerk. Kalau aku cerita pasal teknologi dan keupayaan kereta ni lagi lah korang pening. Bajet HONDA bayar aku lah buat cerita pasal CR-Z ni? OHHHH NEHI... tidak ye tuan puan....



Jadi skang aku proceed terus ke gambar kereta yang aku berkenan ni.... 
Renung-renung dan mimpi-mimpi selalu.
Mana tau tiba-tiba mampu memilikinya...
InsyaALLAH~

*lap air liur dipipi*




Sekian,
Aku yang berangan....

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...