Misi Pulau Redang - DAY 1

Hollaaaa.... I'm back.... Seperti yang dijanjikan, perempuan ni baru ada masa nak update pasal Redang. Bawak bertenang ye kawan-kawan. Sawan pulau dan ombak masih ada lagi ni. hahahahha~ Entry kali ni of coz banyak gambar. So korang tatap jela eh? Kalau taknak pun tutup jela tak payah susah-susah nk paksa mata tu tengok. hihihihiihi~ Dah sedia??? Baik... Kita mula sekarang....

Perjalanan bermula Jumaat malam. Sebab nak sampai Kuala Terengganu Subuh kan... Jadi haruslah gerak lambat-lambat asal selamat. Alhamdulillah memang selamat pergi dan pulang.



Sebelum memulakan perjalanan, pastikan perut diisi ye... Jangan makan lambat, nanti terimalah natijahnya. *ada cerita disebaliknya ok* Sambut birthday mamat baju biru belang-belang tu.... Psttttt *bisik-bisik* birthday boy tak pergi... Kena tinggal. hahahahahha~


Haaaa.... nampak x? Bila lalu Kerteh hujan-hujan lebat pun sanggup lagi turun posing dekat sini. Gelap pun gelap la. Janji yang belakang tu nampak berapi....


Fuhhhhhhhhhhhhh.... Panas ok kat sini. Even malam-malam dan hujan masih terasa bahang nya. Camne la depa yang kerja kat sini kan? Mau rentung kulit...


Alolololo.. comelnyaaa semua....


Masa ni tukar driver ye. Kak kuna drive. So haruslah posing dalam kereta...


Lagi sekali posing sebab yang first tu Kak Kuna tak puas hati. Eh eh, lupa nak cerita. Masa the day we sampai kat Jeti Kuala Terengganu a.k.a Jeti Syahbandar tu, ada LTDL ok... Haruslah sesak. Pitam nak fikir nak lalu mana dan parking mana. Naseblah redahhh aja...


Sampai-sampai jeti jumpa travel agent terus ambil tiket semua. So bergegas masuk dan tunggu pintu buka untuk ke feri.


HAAHAHAHAHHAA~ Tak senonoh ini budak....

 Kamilah yang pertama masuk feri. So duduk depan sebab senang nak keluar nanti. Dekat dengan barang-barang lagipun... Perjalanan ke Redang almost 2 hours ye. Dahla hujan lebat, ombak punya bergelora. Tengok dekat cermin air tinggi dah sama level dengan tingkap feri ok. Terus baca doa...


Since feri ni besar, so tak boleh la sampai ke pantai. Jadi ada boat dari resort yang ambil we all. Dekat je. 


Punya lah besh reosrt ni sampai bag semua diorang angkat kan dan diorang payungkan ok sampai ke lobby untuk reception.


See, dari pantai ke lobby masih berpayung... kelass kau Maria..


Yang ni dengar staff dia briefing sebab we all ambil full board snorkeling package kan? So kena dengar la properly... But this girl kan, very funny...


Taraaaa... This is where we stayed for 3 days 2 nights bebeh..


Ni masa nak lunch. Kesian Kak Kuna. Dia mabuk-mabuk time ni. Bukan sebab perbuatan lelaki ok. Tapi sebab ombak kuat dan bergelora... Lepas lunch, masuk bilik dan siap-siap terus untuk aktiviti seterusnya...


Its snorkeling time ok!!! Sebab hujan jadi xclear sangat bila snap gambar dalam air. Kalau panas barulah cantik.


Dah pergi snorkeling sempat lagi terjun snorkeling sendiri kat depan resort tu. Seronok sangat.... Tepi-tepi ni pun banyak ikan ok... Teruja kaw-kaw


Ini antara view-view masa dekat Redang.... Bersihnyaaa pantai.


Subhanallah.... Sumpah cantik kan?


Ini pemandangan dari cafe resort. Cantik kan?


 Akhirnya.... matahari kembali tersenyum. Semoga hari esok labih senyuman darimu sang matahari...



Ok, sampai sini dulu... Akan update pasal hari ke 2 nanti... InsyaAllah :)



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...