Burgembira...


Bila hidup membujang, mulalah kreatif. Macam-macam nak cuba dan nak makan. Apa yang ada dalam fridge semua dicuba buat. Asal kenyang sudah. Orang bila demam tekak perit selalu nak makan bubur kan? Tapi perempuan ni kelas ok!!! Demam-demam duk mengidam burger Ramlee tepi jalan tu. Tapi hujan lebat kan? Kenalah usaha sendiri didapur tanpa perlu keluar rumah. hihihihhi rajin kononnya lettew. Senang rupanya masak ni. Yerla, sekadar masak burger memang la mudah dan cepat. Jimat masa dan tenaga.


Inilah dia Burgembira saya!!!
Haipppppppp... Belum lagi. Kita mulakan dari awal ye kawan-kawan.



Mula-mula mestilah ada beli daging burger kan? Mine is ayam ye. Itu pasal dia putih gitu. Sediakan pan kemudian letakkan sedikit planta...Letak sikit buat syarat supaya tak melekat dekat pan...


Tengok tu...Minyak keluar dari daging ayam tu. Tu pasal tak perlu letak banyak planta. Sila abaikan warna nya ya.... hihihihihi *sambil masak sambil tengok tv*


Ni la bahan-bahan yang perlu untuk buat burgembira ni. Roti pakai Gardenia biasa je pun boleh. Sediakan sayur-sayuran seperti timun, salad dan tomato. Oh ya, roti kalau nak sedap sapu planta dan bakar sekejap. 


Lepas tu sapukan sos dan mayonese pada kedua-dua belah roti. Then letak sayur dan siap!!! Yummyyyy...


Inilah dia rupa Burgembira saya.... *meleleh air liur*


Ngap ngap ngap.... dah sedap makan tinggal separuh baru snap pic lagi. hihihihihihi~


Selamat menjamu selere...
Selamat mencuba...
*sambung ngences*


T_____________________________________T
lapar





p/s: abaikan kualiti gambar. snap guna BB je...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...