World Cultural Night 2011

Maaf. Entry ini sememangnya sudah basi. Iye, betul. Tapi takda la lama sangat. Disember 2011 kira boleh telan lagi kan? Goreng pun sodappppp *tekan tubi* eh silap... Ok, ok... Just nak share pasal Annual Dinner tempat kerja je. Korang pun mestila ada kan? Mesti lagi grand kan? hihihihihi Sama-sama la kita menatap gambar-gambar tak seberapa ni ye.



Ini dia venue Annual Dinner tahun 2011. Holiday Villa Subang. Macam tahun 2010, Annual Dinner dekat Shah Alam Convention Center. Kelass sangat. Tapi kali ni pun apa kurangnya. Boleh tahan la. Makan sodap sebab ada kambing golek. I loike.... My favourite tu.... Mau tak menambah bila makan... Tapi cover line suruh budak-budak laki ambilkan makanan. hihihihihi Nasebla air tak payah kena amek. Waiter depa serve kan. Tak ke seronok tu.... *angat tangan) Waiter, water please.... *MUNTAH HIJAU*


Kalau tahun 2010 temanya Rock, tahun 2011 temanya adalah World Cultural Nite. Haaaa... Bukan 1Malaysia ok. Nak buat 1Malaysia kang yang Jepun, Thailand, Australia tu kecik hati pula kan? So, nak tak nak buatla tema World Cultural Nite. Barulah WORLD, MAWI~!!!! hahahaha *lempang diri sendiri*


Company ni kira ada pelbagai bangsa dari pelbagai negara tau. So, malam tu diorang semua sporting. Siap pakai pakaian tradisional tempat kelahiran tau. Colours of Rangoli gitu. hihihihi Kat atas tu adalah invitation card. Tapi yang tu bukan perempuan ni punya la...


Yang hujung sebelah kiri tu abaikan eh? Tak mengikut tema. Dah macam nak pergi main bola pun ada. Yang dua orang sebelah kanan tu jugak yang very the sweet gitu... Auwwwwwwwww!!! I loike.... Punyalah ayu dan comel. Padahal tinggal ready nak joget BANGGRA *betul ke eja?* je... Maklumlah punya  semangat pakai baju Punjabi.. Habis Punjabi tak pakai baju. Miahahahhaaha....


Tekunnya. Walaupun bukan exco atau committee tapi perempuan ni kan rajin. Sebok menolong dan terpekak terlolong... hahahahaha itu tipu ye. Tak nampak gambar ni? Berdedikasi gitu buat kerja. Cameraman snap pun tak perasan. Cuma perasaan je. hihihihihi


Sambil-sambil buat kerja, sambil-sambil posing... Barulah majulah sukan untuk negara, keluarga, bangsa dan masyarakat... Demi negara yang tercinta, kucurahkan bakti penuh setia...CUTTTTTTTTTTTTTT~!!! Stop ok... Itu dah ke laut dah.


Posing tunjuk goodies plak. Itu botol air Tupperware ok. Buka Tipuware. hihihihihi Mahal wooo... Nasebla company bagi as a door gifts. Kalau nak beli memang tak la. Harapkan mama je belikan. hihihihhihi Ya ampun, punye mantul pipi perempuan tu. Glowing sangat sampai dua biji telur ha nampak... Ishkkk ishkkk ishkkkk... *sedut pipi*


Haaaa... diorang ni semua sporting dan best. Seronok je kerja. Kawan-kawan pun gila-gila. Naseb tak gila sampai masuk Hospital Bahagia. Ok, kalau masa tahun 2010, perempuan ni menang LCD TV 40 inch (GRAND PRIZE) gitu, tahun ni dia menang jugak. Apa? LED TV??? Ohhh tidak. Agak-agakla. Dia menang table fan. Kiranya ada menang la kan. Alhamdulilah. Rezeki semua tu. InsyaALLAH tahun ni dan tahun-tahun seterusnya bolehla menang lagi hadiah.






P/S: Kalau korang nak attend Annual Dinner kt office mengikut tema, make sure korang tak over la membeli. Mix and match apa yang ada pun boleh. Janji follow tema. Lagi baik kalau dapat cari pakaian yang boleh dipakai lepas dinner juga. Macam si tudung purple tu kan, dia beli baju Punjabi untuk dinner. Tapi tak bazir. Tau sebab apa? Sebab ari Jumaat dia boleh guna. Bukan buat pergi kuil la... Ishkkkkk, lempang kang? Jumaat kan tak pakai uniform, so bolehla pakai baju formal or baju tradisional. Haaaa, kan jimat tu. Peace NO War... :)

2 comments:

malin_purple said... [Reply to Comments]

zaza, u berisi skung tapi berseri2! cun!

s.z.a_s.z.a said... [Reply to Comments]

omg~!!! berisi eh wa? malunyaaa.... yg cun tu thank you... :)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...