Assalamualikum.... Hye kawan-kawan. Alhamdulillah masih berpeluang untuk menaip post ni. Ini fresh dari ladang ok. Semalam punya after balik kerja. Ceritanya bermula sebab kitorang nak pergi pulau minggu depan. Pulau apa tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu... hihihhihi *mengada kan?* So, konon nya nak survey la barang-barang untuk snorkeling. Baca eh, survey je tau. hihihihi Boleh percaya ke? So semalam since balik kerja awal, kitorang pun terus la pergi ke kedai yang kak Rin (officemate) recommend. Bermula lah pencarian kami...Eh, nama kedai ni SCUBATEX dekat area USJ. Korang boleh usha kalau berminat. Owner dia Malay. Sangat ikhlas berniaga. Mudah-mudahan murah rezeki dia. InsyaALLAH~
Masing-masing sebok dengar advise dari owner/director tau. Kemain semangat usha mask kan? Nak pilih yang cantik je. Tak fikir pun pasal function, kebaikan dan keburukan bagai. Eloklah tu... Dengar punya dengar, dia buka cerita pasal DIVING COURSE. Menarikkkk siott~!!!
Taraaaaaaaaaaaaaa... DIVING COURSE tu under SDI la kiranya. Lebih kurang macam PADI je. Kira macam kita belajar marketing tapi dekat Universiti yang berlainan. Haaaa, gitulah bezanya.
Ini dia bagi booklet untuk jawab soalan and study sikit la. Giler apa tak study. Buatnya apa-apa jadi camne. Tak dapat den nak jawab ok. So better korang studyla dulu sikit before pergi buat license tu.
Mesti korang nak tau kan ni buat apa? Ni sebenarnya kitorang semua sign up ok untuk amek license. Murah dan berbaloi. Ok, pekej termasuk 4H3M full board kat Tioman. Lepas tu siap sekali dengan Diving Course. Rata-rata semua 1K lebih untuk course sahaja ok. Belum pergi pulau lagi.Tapi yang ni tak sampai 1K. *senyum-senyum*
Plus, pekej tu dapat free mask (gambar di atas), fin, snorkel and box untuk simpan mask (gambar di atas). Kira okla kan? Betul tak? Tapi kan, tawaran ni sampai end of MARCH 2012 but boleh pergi bila-bila ikot date kita. Syiok kan? Lepas tu kitorang bayar booking RM50 je. hahahahahaha~ *gila tak gila la*
Ohhhhhhhh... yang ni model percuma dan tidak berbayar. Eh, ada ke nama percuma tapi kena bayar? hihihihi Yang ni sebenarnya tengah cuba nak pakai mask ni. Baru tau ok kalau nak cuba cara nya macam ni : Lekapkan mask dekat muka dan sedut atau tahan nafas. Lepas tu cuba pandang ke bawah. Kalau tak jatuh kira ok la tu... :)
Hye, nama saya Schazaza a.k.a perempuan demok. Saya pun nak cuba juga. Saya suka gelarkan diri saya perempuan ini. hihihihihi comel tak saya? *lempang laju-laju*
Ok, korang nampak tak strap kaler biru tu? Yang tu je kitorang beli. Bukan apa, untuk memudahkan masa nak buka dan pakai mask ni la. Kalau tak beli strap ni, getah tu macam melekat-melekat kan? So nak senang beli la strap ok. Kalau pakai tudung pun takda masalah nak pakai mask ni. Mudah kan?
Ok, sekarang biar perempuan ni share sedikit tips tentang mask. Boleh rujuk gambar-gambar dibawah ok.
TIPS : Bila dah beli mask, suruh orang yang jual tu tolong bakar kan glass tu. Sebab nya setiap glass kan ada manufacturing coated kan? So kena la bakar supaya tak berkabus. Kiranya ni cara-cara untuk elakkan berkabus secara tradisional.
- Bakar glass - untuk beginner jangan la buat sendiri. Suruh orang jual tu tolong buatkan. Nati masa dia bakar korang akan nampak macam ada plastik yang merewap. *sorry, tak tau bahasa yang sesuai*
- Sapu ubat gigi - ok yang ni korang boleh buat sendiri kat rumah. Sebelum tidur korang tonyoh ubat gigi kat glass tu. Bahagian dalam ok. Tinggalkan semalaman. Bangun pagi cuci. Untuk lebih kemas, pakai ubat gigi gel yang kids perisa strawberry (DARLIE). Kiranya kalau tak cuci bersih pun takda la nampak putih-putih keliling mask tu... Korang paham kan?
- Ludah - euwwwwwwwww, geli kan nak ludah-ludah ni. Tapi kan, owner tu sendiri cakap air ludah kita tu paling mujarab ok untuk elak mask berkabus. Tapi terpulangla kt korang.
- Ulang step ke 2 beberapa kali untuk kesan lebih baik. Lebih banyak kali lebih baik.
Ni dah tonyoh ubat gigi dekat mask malam tadi.
Tak cukup mask, semua goggles pun perempuan ni tibai.
Ok, rasanya itu sahaja info untuk post ni. Tapi apa kena mengena dengan tajuk Berani Mati kan? Yerlaaa, kiranya tak fikir panjang terus slumber yaya sign up ok. Mati lah nak bagitau pama nanti. Nerous ok!!! hahaahha~ Hope korang dapat input. xoxo~
p/s: tiba-tiba rasa gambar yang disnap guna my pink camera tu cantik la... I lap u laaaa pinky. :)
2 comments:
tips masak..tp cite pasal mask..hahaha TYPOOOOOOOOOO!!!
sadapppp u kak ain :P dh betulkan ok. dh bjangkit dgn awak.
Post a Comment