Ohhhhh puhhhlease..... Muka tak bersedia ok. Kemain berkerut lagi... Sila maafkan perempuan ni ye. Sangat excited untuk bergambar. Tapi masing-masing tak bersedia. Siapa la yang snap ni. Choppp, kita mula semula ok.... Jeng jeng jeng!!!! Scroll down please....
See!!!! Kemain bersedia dan happy kan sekarang? Ini baru real!!! Ok ok, sebenarnya kitorang rajin dan suka masuk larian ke, Charity walk ke, Marathon ke semuanya la... Bukan sebab untuk menang hadiah atau apa. Konsep kami senang je. Just wanna get together and enjoy the moment. Sweet kan?
World Hunger Relief Charity Walk ni so far diadakan tiap-tiap tahun. Dan venuenye so far memang dekat area depan Istana Kehakiman Putrajaya jela. Belum lagi dia buat kat tempat lain. Murah je nak join Charity Walk ni. RM25.00 dapat goodie bags and also T-SHIRT tau. Siapa tak nak kan? Selain itu, ni kira kita menderma la jugak kan? Dapat pahala.. InsyaALLAH
Tengoklah betapa ramainya yang join. Ada banyak kategori sebenarnya sampai dah tak ingat dah tau. Yang pasti perempuan ni masuk yang 10KM punya. Jalan je kan? Apa ada hal... hihihihi *muntah hijau*
Muka kemain excited. Berjalan bolehla kan? Cuba kalau marathon or larian, tak sempat ok nak buat muka excited macam tu... hihihihi Tak da siapa pun nak snap gambar tau.
Layan lagi gambar excited sebab berjalan-jalan menikmati 10KM la kan... hihihihi Terima kasih la kepada tuan camera yang rajin snap gambar. Nak harap perempuan ni memang takla. Harap je bawak camera ke mana-mana tapi malas nak snap gambar.*geleng kepala*
Ini gambar curi-curi. Curi-curi bergambar dengan motor abang polis. Polis tu sibuk jaga lalu lintas kitorang apa lagi.. Slumber yaya la kan snap gambar. Perempuan ni pun ada naik motor n posing tapi malu laaa nak tampal sini... hahahhaaha
Cantik kan pemandangan kolam tasik kat Putrajaya ni... Stop kejap la amek gambar dulu tepi tasik ni. Lagipun ni dah nak sampai finishing pun... So bolehla posing kejap.
Ni kira semua la geng kitorang yang join ni.... Semua ni kira office mate la. Kemain ramai kan? Semangat ok nak join bersama-sama...Bila lagi kan?
Yahooooooooooo.... Excited berjaya menamatkan Charity Walk ni.... Tapi lompatan tak berjaya la pulak. Abaikan jela ye... Ada lagi ni nak tayang... Gambar paling comel ok... hahahahahaha~
JENG JENG JENG.....
Chakkkkkkkkkkkk!!!! Tahun ni ada rezeki bolehla join lagi... Ayuhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!
4 comments:
wahh.. bagus.. bagus.. amalkan gaya hidup sihat! Jemput ke blog akak http://hebatkan.blogspot.com ;)
thanks kak... jemput2 :)
Zaza..makin slim r...makin hotzzzz..pssssssss
thank you kak...
ishkk, itu trick camera jerkla...
takde makna makin slim...
:)
Post a Comment