Ms Vivy Yusof a.k.a Proudduck

Well, ini sebenarnya rentetan dari kisah Birthday aku sebenarnya.... Boleh baca semula Part 1 dan Part 2 kalau tak ingat.... Banyak la cerita pasal birthday kononnya kan... Poyo sangat... Alaaaa, bila lagi nak poyo kan... Tahun depan belum tentu dapat... Betul tak???



So kisahnya masa tu Isnin, 10Jun2013. Aku macam biasa la balik kerja dulu dari Wan. Since kitorang memang tak masak kat rumah kan, jadilah memang ari-ari pun makan kat luar. Tak lama lepas tu Wan pun balik. Sampai-sampai rumah je dia cakap


Wan : Malam ni kita ada dinner tau.
Scha : Huh??? Dinner event apa lak ni??? Siapa ajak ni??? *banyak tanya kan coz terkamjat uols*
Wan : Alaaaaaaaaa, siap-siap jela. Pakai cantik-cantik ok.
Scha : Cantik-cantik???? Selama ni tak cantik ke???
Wan : Cantik tapi lebih sikit la malam ni.
Scha : Hmmm... Ok


Then terusla mandi and solat siap-siap. Tengah nak siap-siap Wan dah siap pilihkan baju ok. Suruh pakai baju yang yang dia pilih tu. So layankan jela. Dia pakai Hard Rock tshirt je kot time tu. Siap semua kitorang pun gerak la. Menuju ke arah Danau Kota. Rupanya Wan ajak try makan kat restoren tempat kawan dia kerja. Memang kita dua orang je customer ok. Yang lain semua staff, chef and also family members owner restoren tu. Tengah belek-belek menu sat lagi datang this one lady (aunty) kat kitorang. Dia cakap try la makan. The food is good. Time ni Wan dah senyum-senyum.


Wan : You bukan owner ke kat sini?
Aunty : *senyum* Eh, tau eh?
Wan : Yerla, aritue saya yang buat food testing kat rumah tu.
Aunty : Ohhh patutlaaaa....

Aku pun menyampok la time ni...

Scha : Is that Vivy??? I always read her blog.
Aunty : Yerla tu Vivy.
Scha : Ohh ok. *terus slumber lambai kt Vivy which at the same time dia pandang and lambai ok*


Cair wa cakap sama lu.... Perghhh, happy giler aku dapat jumpa Vivy and also makan kat situ. Excited giler terus whatsapp adik aku cerita pasal hal ni. Dia punye jeles semacam sangat. Sambil-sambil tu aku tweet la dengan Vivy tapi dia tak reply. Sedih jugak time tu. But teruskan macam biasa tunggu makanan. Yerla, siapa tak kenal Vivy kan. Founder of FASHIONVALET and owner of blog PROUDDUCK kan??? Konpem la minat sangat kat dia ni. So bila nampak depan mata rasa macam best moment giler. Rasa macam hadiah hari jadi plak walaupun Wan tak bagi hadiah lagi. Best sangat. Then makan-makan borak-borak enjoy the food and the date sekali tiba-tiba Vivy datang kat meja kitorang ok... 


Vivy : Hye... I heard you guys just get married.
Scha : Aah... *time ni pelik mana dia tau. Mungkin tengok inai kot*
Vivy : Congratulations to both of you...
Scha : Thank you. Can I take picture with you? *slumber terus mintak permission*
Vivy : Sure...


Terusla borak-borak and snap gambar... Nervous ok... Tapi bestla. Vivy peramah, mesra, very soft spoken and sweet sangat. Dia siap cakap tak perlu diet la dah kahwin ni. Makan je. Dia tak sabar nak bersalin sangat. Siap pesan, nanti datang la lagi makan kat sini.... Thank you so much Vivy sebab layan peminat tak seberapa ni... Tapi sumpah you buat that night feel so special to me.... Thank you again.



Kenangan dengan Ms Vivy Yusof a.k.a Proudduck


S FIVE Restaurant
Area nak pergi Danau Kota
Before KL Festival City
From bulatan Pandan is belah kiri after Shell.


P/s: Thank you to Wan for the special night for me. Kenangan sangat. How I wish I can always go for food testing with you again...


Syura Juara MasterChef Selebriti Malaysia Musim ke 2

Yeayyy.... Baru lepas tengok MasterChef Selebriti Malaysia Musim ke 2... Malam ni final ok. Pertemuan antara Syura dan Celina... Kalau masa mula-mula tengok aritue langsung tak terfikir Syura akan jadi juara. Memang Celina nampak boleh jadi juara. Cara Celina masak semua macam professional sangat. Syura lak macam gelabah and gemuruh sangat... But rezeki kan... Siapa sangka tul tak???





Untuk Musim yang ke 2 ni, top 4 semuanya perempuan. Kenchana,Cik Ta, Syura and of course la Celina. Tak pernah-pernah kan semua finalist ni perempuan... Tapi since semuanya recording dan bukan siaran langsung makanya macam-macam boleh berlaku... Diorang pun ada skrip kan... So dah boleh tau dah sebenarnya siapa juara... Betul x? hihihihi




Bila finalist 4 tu kan, semuanya memang fight sangat.... Masing-masing ada talent and kelebihan masing-masing. Semua pun ada potensi untuk menang. Lawak pun ada jugak masa diorang kene masak meringue tu... Kene bakar and goreng jugak.... But untuk task yang tu, Cik Ta highest mark wooo.... Then Kenchana terkeluar dan tinggal lah 3 orang sahaja. Semalam episod yang Cik Ta terkeluar.... Terkamjat gegirl tau... Ingatkan Syura terkeluar.....





Tadi menyaksikan perlawanan hebat antara Celina dan Syura... Kali ni diorang kena masak and serve untuk penumpang Malaysia Airlines first class. Perghhhh... Dasat kan??? Starter la, main course la apa la... Perghhhh, tak agak kan... But both did a good job. Both are very talented and creative. Ada idea untuk serve the food. Good job guys...



Anyway, tahniah kepada Syura... Juara Masterhef Selebriti Malaysia Musim ke 2. Dapatla dia bantu persatuan barah payudara kan.... Lepas tu boleh honeymoon kat Parisssss!!!!! Im in love... Cheewahhhh, gaya macam aku lak kan juara.... Poyo!!! 



Ok bye, nak prektis jadi Juara MasterChef gakla camni....
LOL~!!!



Hot Chat (HotFM) - Malunyerrrrr!!!!

Aritue tak silap Jumaat kot. Macam biasa aku hari-hari dalam kereta nak pergi kerja pun dengar HotFM.. Sumpah lawak... Hot chat pasal Malunyerrrrrrrrrrrrrrrrrr... Ramai yang telefon and share kisah yang memalukan... Aku dalam kereta tukang gelak jela... hihihihiihi Ada yang kol cakap tersalah masuk tandas la... Lepas tu ada yang kol bagitau malu sebab terkencing dalam seluar la and macam-macam lagi... Well, aku rasa semua orang ada melalui fasa memalukan macam ni... Dan aku??? Of course la tak terkecuali.... hihihihiihi Salah satu kisah yang memalukan aku...



Masa tu aku praktikal.... Jadinya bila time nak jumpa advisor kenalah datang balik UiTM untuk settle kan.. Kebetulan kali ni kena jumpa lama maka aku dengan kawan-kawan decide nak tidur dekat Segamat. Kitorang book hotel je kat bandar Segamat tu. Tak silap aku nama hotel tu Golden Lake. Sebelah Nirwana. Amboi ingat sey... Then malam tu ada kawan aku yang still la study kat Segamat. So decide nak jumpa. Dia pun ambil la aku kat hotel and terus pergi makan. Makan kat area Buloh Kasap ke mana ntah tak ingat... Macam biasa turun kereta and cari tempat duduk order makan. Kawan aku ni bawak kereta Wira warna gelap tau. So bila malam sumpah la tak jelas warnanya. At the same time, kat kedai tu banyak la geng-geng mat kereta makan kat situ. Makan punye makan and borak-borak pastu nak balik la sebab dah lewat sangat kan... Masa nak balik tu aku pun jalan jela menuju ke kereta... Slumber bukak pintu kerata and masuk dalam kereta tu... Pastu pandang sebelah (driver) tengok kawan aku tak masuk lagi. Sekali aku pandang ke luar tengok kawan aku kat kereta sebelah and panggil aku ok... OMG~!!! T__________________________________________________T 
Aku salah masuk kereta. Dan tuan kereta yang aku salah masuk tu is mamat kereta yang duduk betul-betul berhadapan dengan kereta dia. Berlari aku masuk dalam kereta kawan aku... Malu giler!!! Diorang siap gelakkan aku macam cikai sey... Hampeh betul. Yang kawan aku ni punye nak gelakkan aku sampai terketar-ketar nak start enjin. Orang makin nak cepat dia buat hal lak...


Sampai sekarang aku still ingat lagi memori memalukan ni... Dulu memang malu sangat la. Now bila ingat balik rasa sumpah kelakar sangat la kau ni kan.... Rasa nak gelakkan diri sendiri lama-lama jugak!!! 


Korang pernah alami peristiwa memalukan macam aku??? Kalau ada share la....
xoxo~


Wedding Review Scha & Wan

Korang rasa aku patut review pasal wedding aku tak??? 




If yes, please like this post and share it...




Like kalau banyak I will review ok... If not, Im sorry....



p/s: Apa lagi, like la cepat-cepat.... ;D


Sushi Bonanza di Summit USJ

 Sushi Bonanza kembali... Kali ni area Lembah Klang, Selangor bermula pada 17 Jun 2013 sehingga 20 Jun 2013. Makanya hari ni last day korang. Apa lagi??? Sergah lah Sushi King yang berhampiran anda anda andaaaa....... Semua sushi harga RM 3.00 only per plate ok. Melantak la korang sepuasnya...



 Ini dua orang ni memang nak kena. Anti social betul. Sorang main Candy Crush and lagi sorang main FB lak.. Elokla tu... Pinggan melambak depan mata tak nak cuci... Ishkk ishkk ishkkk... Budak-budak zaman sekarang ni apa pun tak boleh. Baru pinggan sendiri makan tu dah taknak cuci... Lemakkk!!! Sampai-sampai sushi king terus masuk ok. Tak perlu beratur pun kalau korang pergi kat Summit USJ. Kalau Sunway Pyramid??? Menangis la korang nak beratur.



Aku, zizan and abg eman pun harusla nak bergambar kenangan juga. Since Rabu kitorang balik kul5 so harusla kitorang berjimba semalam... Balik kerja dingdong je berdesup salin baju and terus menuju ke Summit Usj. Memang tak jem langsung la. Alhamdulillah. Rezeki kitorang betul. 



Sebahagian pinggan sushi yang sudah licin... Mentang-mentang semua sushi RM3.00 kemain korang lenjan semua kaler purple kan... Yerla, pinggan purple normally RM6.00 tu... Bila time-time macam ni haruslah tibai yang mahal dulu... Ye dok??? Diri sendiri pun sebenarnya asekla amek yang pinggan purple ok... Sebab i loikee laaa Ebi fry and Ebi ten... Dapnyer....



Settle sushi, masing-masing nak tambah lemak lagi... Jadinya semua order ice-cream sorang satu. Tak agak-agak kan... Green tea 4 and vanilla 1... Kenyang uols... Alhamdulillah. Yang green tea nye ice-cream kan, kan bawah sekali ada red bean... Tanjat gegirl tau. Igtkan coklat rupenya red bean... wuekkkkk... Tak suke!!! Tapi ice-cream green tea nya sodapppp...



Gambar kenangan sushi bonanza with abang-abang office 2013... Thank you semua... Lain kali ajak lagi ok... Sekali sekala lepak dengan uols best laaa kan...Sila kira jumlah pinggan di atas meja berapa. Belum lagi yang sudah ditelan oleh mereka... Dasar tembolok sungguh... hahahahaha~




APA LAGI??? TAKKAN NAK BACA JE??? LIKE LA SATU KALI... KASI PEKENA SUSHI KING LA INI HARI.... LAST DAY TU... MACAM-MACAM ADA....!!!!


BYE KORANG....


Happy Birthday To Me - Part 2

Sambungan dari sini ye... Elok la tu sambung sekerat sekerat kan... hahahaha Ok back to the topic...


Since Sabtu, 8 Jun 2013 kitorang busy dengan wedding, makanya takde special celebrations pun la... Then Ahad, 9 Jun 2013 kitorang busy mengemas rumah and settle few things. Then masa kitorang nak keluar lunch (dah pukul3 kot time ni) and tapau untuk family Wan tiba-tiba Wan cakap :


Wan : Petang ni kita pergi makan ikan bakar nak?
Scha : Huh? Ikan bakar? Kat mana? Kenapa tiba-tiba nak pergi makan ikan bakar? *perempuan suka tau banyak tanya*
Wan : Makan kat Jeram nak? Laaaa... kan Go suka makan seafood. Lagipun arini special la...
Scha : Ye ke? Betul ke ni?
Wan : Yerla... Kita ajak Abg Syam (bff Wan) nak?
Scha : Ok je...
Wan : Tak pe la.. Kita je la pergi. Arini it's your day
Scha : Senyum.... *Kenapa awak sweet sangat ni?* hahaahaha


Then balik rumah hidang makanan and siap-siap kemas barang semua. Kul6 macam tu kitorang gerak la. Sebelum tu singgah rumah Abg Syam dulu hantar barang. Lepas settle semua tiba-tiba terkeluar cerita pasal Uncle Jota. 



Wan : Beriye uncle kan ambil gambar kita... Baiklah dia.
Scha : Aah laaa... Dah macam family sendiri kot agaknya. Eh, uncle tadi die whatsapp tanya macam mana nak pergi PWTC tau. Tak tau la sampai ke tak sampai tu.
Wan : Huh? Ye ke? Cube kol dia... 
Scha : Ok ok *terus call uncle loudspeaker ye*



Sekali uncle suruh ajak dia keluar jalan-jalan sebab dia tak tahu nak pergi mana. After bincang dengan Wan, then kitorang decide nak cancel jela pergi Jeram and entertain family aku malam tu. And of course aku kol adik aku ajak join sama. Maka menuju ke PJ ambil adik sebelum pergi ke Grand Pacific Hotel area PWTC tu untuk ambil uncle and family. Bukan la diorang naik kereta kitorang. Cuma kitorang depan diorang kat belakang je la sebab uncle tak tau jalan... Anje angat kan... 


Yang kitorang sepanjang jalan duk fikir mana la nak bawak diorang makan malam ni. Kang pergi western je takot diorang semua tak layan western. Sebab masa uncle beraya umah aku, anak-anak dia tak semua makan western... Terus terfikir nak ajak makan kat Naili's Sentul je. Perghhh, kenangan sangat tempat ni. 1st time Wan bawak aku, adik aku and pama pergi dinner is kat Naili's Sentul la... Eh, lain topic dah ni. Sorry. Naseb baik Naili's buka and kitorang semua enjoy makan kat situ... Uncle and family dia pun happy sebab dapat pergi kat tempat makan cantik macam tu... Siap posing ambil gambar sama-sama... Syiok sangat. Hope there will be next time too...


Settle makan, kitorang ajak pergi jalan-jalan kat Uptown Danau Kota... Saje la nak cuci mata. Nak pergi shopping mall semua dah tutup lak. So kasik la diorang rasa Uptown Danau Kota macam mana... hihihihihi Aku yang tak pernah-pernah layan Uptown Danau Kota terjebak la sekali. Bukan beli apa pun. Saja nak spend time sama... Sejam jugak kot kitorang jalan-jalan situ. Then guide Uncle balik ke hotel dia... Barulah kitorang hantar adik balik UM and terus la balik ke Shah Alam...


Even tak dapat makan seafood kat Jeram, its all worth it. Dapat gather sama-sama dengan family uncle semua kan... Lain kali boleh pergi Jeram tu. Tapi nak makan kat Umbai jugak sebenarnya... Takpe, there will always be next time... 


*bersambung...

Genting View Resort & Pinnacle Performance

Last week, aku kena pergi team builing dekat Genting View Resort under office aku la... Team building ni 2 hari 1 malam je. Jumaat, 14th June sampai Sabtu, 15th June 2013. Pergi naik bus from Shah Alam lepas solat Jumaat. Perjalanan around 1jam lebih je. Sampai Genting View Resort sebelum Asar. Team building ni di kelolakan oleh PINNACLE PERFORMANCE. Around 30 orang jugak la untuk 1st batch ni...



Sampai-sampai Genting View Resort je letak beg dekat lobby terus masuk seminar room. Trainer dari  PINNACLE PERFORMANCE dah ready tunggu kitorang.... Since kita semua dah kenal each other, makanya takde la sesi ice breaking lagi... Maka start je terus la aktiviti meniup belon bagai... Lepas tu kena make sure belon sentiasa di udara... Haaa, camne tu??? Sampai tertonggeng-tonggeng kitorang nak selamatkan belon dari kena lantai. Lain yang disuruh lain yang dibuat...



Settle sesi petang terus la minum petang semua. Pukul6.30 kitorang stop and check in masuk apartment masing-masing. Satu apartment 3 bilik and 1 bilik 2 orang.... Aku bilik dengan Kak Sal tapi bila tidur je terus tidur bilik Ain and Kak Faridah... Dinner kul7 dah mula. Makan kat coffee house je. Kul8 kene masuk kelas dah.... Tapi biasalah dah makan mana reti nak berhenti cepat. Harusla delay sampai 8.15 malam baru masuk kelas.



Aktiviti malam tu lebih kepada aktiviti berkumpulan.... Satu kumpulan ada 7-8 orang. Total ada 4 kumpulan. Kitorang diberi tugasan untuk buat replika bangunan office kitorang yang eco-friendly and futuristic. Lepas tu ada games yang lelaki nilai 20sen and perempuan nilai 40sen. Then Irene akan kitorang suruh jadi jumlah RM 1.40 ke, RM 5.00 ke.... Sumpah lawak giler ok... Best sangat.... Then kena main tali and bentuk kan benda-benda yang diberi arahan tapi kena incude kita sekali.... Haaa, pening wooo....



Sehari makan tak terkira banyaknya ok.... Breakfast, morning tea, lunch, high tea, dinner and supper. Hamik ko.... Kalau tak cukup makan and duk komplen je tak tau la... Bersyukur diberi makanan yang terbaik dah tu.... Seawal 9 pagi dah start program. Macam biasa lepas Subuh aku bantai tidur lagi sebab penat tak hingat. Apa yang penat tak tau la. Kul7.45 baru masuk toilet.... Then siap-siap pergi breakfast. Terbaiklah kan... Nasi lemak, bubur , mee goreng, roti and macam-macam lagi...



Lepas je breakfast kitorang berkumpul and snap group photo sesama. Pastu strolling around Genting View Resort menikmati view and angin pagi... Lepas tu kitorang stop kat satu padang untuk continue the program. Siap kena buat stretching wo... Game kali ni is asid river. Dengar asid river je masing-masing gelabah. Bukan gelabah apa tapi excited terlebih ok... ahahahahha Sumpah lawak and happening sangat semua orang...



Masing-masing excited nak cross the acid river.... Macam-macam gaya, idea and also attitude of course sepanjang game ni berlangsung. But semua orang sporting sangat.... Syiok... Siap sanggup kaki ayam laaa, pakai socks jela and macam-macam. Motif utama is crossing the acid river la....



Lepas aktiviti outdoor kitorang morning tea duu and masuk kelas lepas tu... Masuk kelas terus la happening macam biasa... Kul12.30 macam tu kitorang break untuk check out, lunch and zohor.... Kul2 petang baru masuk kelas semula... Bila perut masing-masing kenyang, mula lah mata layu je... Terus semua kena chicken dance...  Macam best je jadi trainer macam Irene ni... Something that I would love to do if ada peluang insyaALLAH....



Sesi petang sempoi je.... Main game X dan Y. Interesting sangat. Its all about co-operation between team members... Sebelum balik kitorang ada sesi penyerahan sijil... Lain dari yang lain sikit style penyerahan sijil kali ni... Kawan-kawan sendiri yang akan sampaikan.... Best kan??? Rasa dihargai sangat....


Overall, for me, its a good opportunity and also a good platform for all of us to go for a team building.... Hope there will be more in future.... And hopefully it will be physical activity more than indoor class... Thank you semua....



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...