Mencari Ramli 2 & Voting Contest

Ingat lagi tentang Mencari Ramli 2 dan Peluang ke Old Trafford yang aku cerita last month??? Tak ingat??? Ok takpe... Kalau tak ingat boleh refresh balik otak masing-masing sekali lagi di sini ;D Haaaaaaaa, sekarang sure dah ingat balik kan? Ok ok sambung....



Mencari Ramli Musim Pertama


Macam ni, korang tengok tak episod Mencari Ramli 2 di TV3 setiap Jumaat jam 7.30 hingga 8.00 malam tu??? Takpe kalau tak dapat nak tengok. Sebab, kalau belum tengok lagi, korang boleh tengok di sini untuk catch up episod yang terlepas. Ada 12 episod semuanya. Masih belum terlambat untuk menyaksikan episod Mencari Ramli 2 ni ok. Jangan lepaskan peluang untuk menonton rancangan ni sebab korang berpeluang memenangi hadiah yang best bila korang undi mereka.... Aku pun tak terlepas menyaksikan episod-episod Mencari Ramli 2 ni kat tv3.



Macam mana nak menang???


SENANG JE!!! Korang hanya perlu mengundi peserta-peserta TOP 30 yang dipilih dalam rancangan tersebut. Undian bermula dari Episod ke 6 (24Mei2013) sehingga Episod ke 11 (28June2013). Masih belum terlewat lagi untuk join contest ni.


Apa hadiah-hadiah yang akan dimenangi???


GRAND PRIZE ( Untuk Misi Mencari Ramli 2 Voting Contest only ) - ALL expenses paid trip to watch Manchester United play a match at one of these location ( Bangkok, Sydney, Yokohama, Osaka, Hong Kong)  *gulp* Menariknyaaaaaaaaaaaaaaa.... Nak menang jugak macam ni!!!!


Hadiah Mingguan Untuk dimenangi - MU Merchandise *uwarghhhhhhhhhhhhhhh* I want I want I want...


HOW TO VOTE?


SMS VOTE[BERAPA BANYAK VOTE YANG KORANG NAK : 5/10][JARAK]RAMLI[2 DIGIT NOMBOR PESERTA : 01-30] HANTAR KE 26268

RAMLI 05

CONTOH : VOTE5 RAMLI05 - Hantar 5 undian untuk peserta Mencari Ramli 2 Nombor 5


atau


RAMLI 07

VOTE RAMLI07 - Hantar 1 undian untuk peserta Mencari Ramli 2 Nombor 7



*** Voting contest period - 24 May - 28 June 2013
** Percuma bila pertama kali korang hantar vote ( Tak kesah berapa banyak yang korang nak vote. If 5, then VOTE5)
* Cost - 1 vote = RM 0.50, 5 votes = RM 2.00, 10 votes = RM 3.50


Macam mana? Clear tak? SENANG je kan...


TOP 3 RANKINGS OF RAMLI 1-30 akan disiarkan :

Sekali setiap minggu dalam episod Mencari Ramli 2
2 kali seminggu dalam Mencari Ramli 2 website 



Apa tunggu lagi????
Vote now now now now now....
GOOD LUCK KORANG~!!!!




p/s; please..... aku pun nak menang jugak!!!! Amin...


Happy Father's Day Papa

Aku masa mama lahirkan dulu, mama tak habis pantang lagi aku dah kene tinggal. Sebabnya mama dapat peluang sambung belajar jadi cikgu. Jadinya time tu, papa la yang jaga aku siang malam. Bila nenek tengok papa susah nak manage anak sorang lelaki 3tahun camtu dan sorang perempuang baby, dia offer nak jaga abang aku. Dan dia suruh papa hantar aku balik kampung rumah tokmak. So papa boleh kerja dengan tenang and jenguk aku bila weekend sebab rumah tokmak dekat je... Masa baby lagi papa dah tunjuk kasih sayang dia pada aku...



Sampai umur aku kira-kira tiga ke empat tahun baru mama habis belajar and aku pindah duduk dengan pama terus. Bukan mudah bagi diorang. Sebabnya time tu aku mengaruk sebab tak biasa tinggal dengan pama. Setiap hari pun mengaruk cakap " Nak alik apong, nak alik apong". Yerla, budak kecil lagi of course pelat kan... Gigih diorang pujuk aku so that aku tak nangis-nangis. Lama-lama pun keadaan jadi ok.



Umur aku 5 tahun aku masuk sekolah tadika. Actually masa duduk dengan tokmak pun memang hari-hari aku pergi tadika. Sebabnya tadika kemas tu kat laman rumah tokmak je. Tu yang hari-hari pun sekolah juga. Bila masuk tadika ni, aku la paling muda umur 5 tahun. Sebab rata-rata kat tadika tu semua 6 tahun. Papa la yang teman and hantar aku pergi tadika. 1st day kat tadika aku duduk pandang tingkap je. Sebab nak tengok papa ada ke tak. Bila toleh je papa takde aku pun lari keluar cari papa. Tapi tak lama la. Sehari dua je macam tu. 



Bila masuk sekolah darjah satu, papa dah tak perlu nak teman and tunggu aku lagi. Sebab time ni, aku ada abang yang sekolah sama dengan aku. Makcik aku pun sebaya and sekelas dengan aku. So aku tak risau and cuak sangat. Ada satu hari tu, aku tertinggal bekal dalam kereta. Dulu kan takde hand phone bagai ni. Jadinya tak bolehla nak kol papa ke apa. Tup-tup sebelum rehat aku dengar orang "pssttt psstttt" kat luar kelas. Rupanya papa datang hantarkan bekal yang tertinggal tu...



Masuk sekolah menengah, pergi and balik sekolah masih lagi papa hantar. Tak kisah lewat macam mana sekali pun dia tetap akan ambil aku dekat sekolah. Kadang ada jugak aku kol dia cakap nak ponteng kelas and pergi Tasek Y. So that dia tak perlu ambil kat sekolah just ambil kat Tasek Y je. See, baik giler ponteng sekolah pun bagitau. Sampaila aku habis sekolah and pergi PLKN papa still tak jemu melawat aku.



Masa masuk UiTM for the 1st day, aku diam tak banyak cakap pun. Sebab sumpah aku tak minat course yang aku dapat tu. But papa and mama diorang teringin sangat nak ada anak belajar UiTM. Sebabnya dulu masa mama dapat peluang belajar kat UiTM, time tu nenek tak mampu nak bayar yuran untuk mama. Jadinya mama tak pergi. So akulah harapan dia. Jadi aku gigih jugak pergi sebab aku rasa ikot cakap papa and mama lebih afdhal. InsyaALLAH perjalanan hidup aku dipermudahkan...


Cukup 5 tahun aku habis belajar diploma and degree di UiTM Segamat. Sepanjang belajar ni gigih papa and mama datang jemput aku balik and hantar aku balik Segamat. Jarang sangat aku balik naik bas. Sampai abang pun pandai jeles pasal hal ni. Masa dua-dua konvo, diorang lah orang paling happy. Gigih cari baju untuk hadir masa Majlis Konvokesyen aku dulu...



Sekarang, aku dah ada suami... Aku tahu papa la orang paling berat sekali nak lepaskan aku. Bukan sennag dia nak terima lelaki pilihan aku. Alhamdulillah, semua approved and aku syukur dengan semua tu. Sejak aku kahwin awal bulan Jun aritu, everytime papa datang sini mesti dia tak sehat. Selseme la demam la and sakit-sakit badan. Dia selalu minta ubat dengan aku macam akulah doktor peribadi dia. Aku tahu dia nak manja-manja sebenarnya dengan anak perempuan dia ni. Siap datang dekat aku mintak picit and urut badan dia. Mungkin dia memang rindu nak bermanja and mengada dengan aku....



Terima kasih pa...
Sebab selalu beri and usaha jadi yang terbaik untuk diri ini.
Terima kasih jugak atas segala nasihat dan tunjuk ajar yang papa beri selama ini...
Semoga papa terus jadi seorang suami, papa and anak terbaik untuk kami semua.
Selamat Hari Bapa, papa...
Sha sayang papa sangat-sangat...
Rinduuuuuuuuuuuu~



The best thing I ever had in my entire life, my pama...



GENTING!!!

Yuhhuuuuuuuuuuuu...


Bersiaran kembali nampaknya... Sorry korang. Tak dapat nak update panjang and banyak. Baru balik dari team building ni... Esok-esok ye aku update lagi semua yang aku hutang tu... Sorry ok... Ni pun keletihan sangat... Tapi best la....


Arini yun, aten, joe and si kecik faiz datang lepak rumah aku. Kebetulan adik aku pun nak datang jugak. So meriah sangat... Macam-macam diorang datang bawak makanan... Siap ada cake lagi. Belated birthday katanya... So sweet la...


Will update more.
Need to go.... 
Suami panggil dah tu... *ahakssss*
bye~

Married Life...

Orang kata setahun/permulaan perkahwinan semuanya manis... Semuanya membahagiakan.... Aku??? Well, so far so good... Alhamdulillah.... Masing-masing masih lagi cuba balancing and adapting married life... Yerla, bukan senang untuk kita ubah cara hidup kita yang selama ini kita amalkan kan??? Betul tak??? So, bagi aku, hari-hari pun is a learning process... Belajar untuk beri yang terbaik,jadi yang terbaik disamping menerima kekurangan dan kelebihan pasangan masing-masing... InsyaAllah... Yang penting saling memahami serta give and take lebih-lebih lagi doing house chores... 


Apa yang berubah lepas kahwin????


Hmmmm... Aku rasa tanggungjawab kot. Kalau masa single kita just manage diri kita sendiri now kita ada tanggungjawab lain. Tanggungjawab seorang isteri... Kalau dulu iron baju kerja sendiri je, now dah kena iron baju kerja suami.... *auwwwww* Suami tu.... Naseb baik bukan hari-hari kena iron baju kerja dia. Sebabnya ada certain days dia pakai baju kitchen je. So just iron seluar. Bab-bab masak lak so far kitorang enjoy dinner outside together lepas maghrib... Breakfast je kat rumah. Walau sesimple mana sekalipun breakfast still aku akan breakfast kat rumah. Lebih-lebih lagi bila ada orang yang sediakan air and breakfast... Bukan semua orang dapat wey.... I guess I'm just lucky. Thank you to you husband... *blushing*



Now, tiap hari kat office rasa tak sabar nak balik rumah... Hope this feeling will last forever.... Bukan tak sabar apa. Just rasa happy je bila balik rumah and tunggu Wan balik kerja. Masing-masing excited nak share cerita pasal kat tempat kerja... Communications is very important tau. Sharing all those things show that he is part of my life. Listening to his stories make he feel that I care and concern about him... Interested in his life and want to be part of it... Korang pulak macam mana???


Oklaaa... Nanti kita borak lagi ok... Wan bagi peluang kat aku update blog ni. Haruslaaaa ambil peluang.... Thank you for reading korang....


Doakan kami...




Persis Misha Omar???

OMG~!!!
Misha Omar???? Perghhhhh......


Arini orang yang ke lapan ratus (read as ntah berapa) cakap muka aku macam Misha Omar.... Wowww, masalahnya kan, muka aku macam Misha ke atau Misha yang ikot muka aku???? *pang* Sumpah perasan kan??? Geli je. Kali ni yang cakap aku macam Misha Omar adalah kakak senior aku masa belajar UiTM time diploma dulu Kak Leha... Slumber dia cakap muka aku macam Misha Omar. Bila tanye gambar mana yang macam Misha tu boleh dia cakap banyakkkkkkkkk!!!!




Korang layan jela antara gambar-gambar yang persis Misha Omar ni kononnya eh??? Semua gambar ni diambil dari my OP during my wedding aritue... Will update more insyaALLAH~










Amacam??? 
Ada persisi Misha Omar ke???
Kak Misha... Tolong komen sikit...
Saya tak berniat nak persis muka akak...
*puiiiii*
*sepakdirisendiri*

ok, bye~

Happy Birthday to Me - Part 1

Memandangkan bulan ni bulan June, makanya satu bulan ni adalah birthday aku.... hahahahaha Ko mampu??? Keji tak??? Ok apa kan... Bile lagi kan nak feeling camni... Sebulan dalam setahun je.... Ke nak tiap-tiap bulan??? hahahahaha *sepakkang*


Sabtu lepas, 8 Jun 2013 adalah birthday aku yang ke 26 tahun... At the same time, Sabtu lepas juga adalah majlis bertandang (pihak lelaki) di Kuang, Selangor. Jadinya aku tak boleh nak feeling feeling birthday girl sangat la sebab fokus kat majlis kan... Plus family aku and tokmak ada kat umah aku so busy la layan diorang... Birthday tahun ni berbeza la dari tahun lepas. Sangat-sangat berbeza. Kalau tahun lepas birthday aku jatuh pada hari Jumaat. Family aku malam tu sampai dari Johor. Abang nyanyi-nyanyi birthday song sambil buat aksi penguin. Adik and abang bagi present purse Etienne Aigner. Sabtu the whole day is all about me. Dari pagi sampai malam. From KLCC to Pavillion. Wan bagi handbag Coach and sandal DKNY. Papa bagi wrislet Coach. Mama bagi Sephora make up. So happy sangat...


But this year, totally different. Since semua busy preparing for the wedding, jadinya birthday treat or song pun takde daripada my family. Paling sweet, birthday tahun ni dah ada husband. *Malu* hihihihihi Dia kol nyanyi birthday song early morning. Yerla dapat kol je sebab dia balik umah mak dia la prepare apa yang patut while aku stay kat rumah kitorang layan my family. So jumpa pun masa kat homestay and bersiap. Dalam kereta otw pergi rumah family dia kitorang borak...


Scha : Arini wish wish birthday ni tau ke umur go berapa?
Wan : Of coz... 27 *konfiden sangat*
Scha : Kita beza berapa tahun?
Wan : 6 tahun la...
Scha : Abes tu 27 tambah 6 berapa?
Wan : Omg~!!! Sorry.... *terus keluar kereta*


Pffftttttttttttt.... Ada ke aku umur 27... Punya anggun muda cantik lagi bergaya ni dia kata 27 tahun... Hampeh... Menggelabah dia terus keluar kereta kol siapa ntah. Fishy sangat tau... Sampai je rumah family dia siap je berarak, berkompang and makan berdamai bagai, DJ tu announce suruh pergi potong kek pula ok. Siap cakap birthday aku arini and semua orang kene nyanyi... Sekali tengok kat kek ada tulis happy birthday siap ada pembetulan kat angka 27 tu ok... HAHAHAHAHAHA Lawak... Patutla gelabah semacam kol-kol. Rupenye slumber dia tempah kek tulis umur aku 27. Naseb baikla aku slumber je... Tapi bayarlaaaaaaaaaaaa kan... Siap ada kuiz bagai teka umur pengantin perempuan ok. Malu tau... Dahla semua orang nyanyi lagu birthday untuk aku. Aiyakkkk... Malunye....


Settle semua family aku pun nak balik. Diorang nak balik Johor terus. Sebab papa tak sehat. Aku??? Of coz la sedih sebab dahla tak wish. Pastu tak celebrate pun lagi. Esoknya, Ahad papa and mama kol je cakap jangan sedih nanti diorang datang KL lagi and ganti rugi semua tu.... Serius aku memang macam tu. Yerla, ini tahun pertama birthday ada suami. Of course tak biasa lagi celebrate dengan husband je. But i still want to have a proper birthday celebration with my family. 


* to be continue....


Alhamdulillah... We Made It

Bersiaran kembali setelah selesai semuanya...
Alhamdulillah, aku akhirnya telah menamatkan zaman bujang pada 1Jun2013 yang lepas...
Baru je habis side lelaki Sabtu lepas 8Jun2013.
Rasa macam tak percaya je dah jadi isteri orang. Eh, konpem la isteri orang takkan la isteri beruang kan??? hihihihiihi~



Anyway, banyak dah kitorang lalui sebelum bergelar suami isteri.
Of course there were ups and downs in this relationship.
Lebih-lebih lagi kitorang ni long distance relationship la.
After engaged with him (Wan), terus dia fly kerja kat Cyprus...
Alhamdulillah kitorang berjaya harungi hubungan jarak jauh ni...
So happy that finally we got married.
Serius happy dan bersyukur sangat-sangat...
Jutaan terima kasih kepada mama & papa, abang & kak Ain, adik, mak & abah, along, kak ngah, alang, shidah, seluruh anggota keluarga belah aku mahupun belah wan, jiran-jiran, dan kawan-kawan semua yang telah banyak membantu menjayakan majlis di ke dua-dua belah pihak. 
Terima kasih tak terhingga.
Tak terbalas rasanya jasa baik semua orang. 
Kenangan terindah dalam hidup aku...


Untuk itu, memperkenalkan suami, kawan, sahabat, teman sehidup semati (insyaALLAH) dan teman serumah, sebilik, setoilet.... (ok tak kelakar) hihihihihi


Mohd Redzuan bin Abd Aziz


Scha & Wan



Doakan kami...


Will update more ok...



Related Posts :



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...