Ni cerita dah boleh tahan basinya... Kepam sangat... Tahun lepas tu... Tapi sebab tak update-update so marilah layan cerita...
Tak silap time ni cuti 31 Ogos tahun lepas. Kakak ipar ajak pergi Wet World Shah Alam. So memandangkan chef cuti bolehla pergi... Naik satu kereta. Naik Alza muat... Kak Ngah dan anak-anak 3 orang and kitorang je... Pagi-pagi dah gerak. Sampai Wet World dapat parking baik punya. Betul-betul depan pintu masuk.
Ini budak kecil belum sampai lagi dah tidur... Macam mana tu? Takpe kita bagi dia tidur dulu... Kang sampai kasi kejutla bangun... Tangan tu kalau tak naik ke kepala tak sah. Gentel label baju memang kegemaran dia... Sungguh mak dia ni tak faham...
Yeayy saya dah bangun... Sementara beratur beli tiket kitorang lepak tepi-tepi dulu... Sempatla melayan budak ni lari-lari and nak berkawan kononnya... Kejap je dah dapat tiket sebab datang awal kan... Lepas tu dia punya panjang beratur tu tak payah cerita la...
Kitorang sewa satu cabana tau... Selesa sikit nak lepak seharian kan... Dengan ada budak kecil kan so sesuai la. Kang nak tidurla nak susu la kan... Kitorang pilih cabana yang betul-betul sebelah Lazy River ni...Tapi sebenarnya nama dia lain... Aku pun lupe... Tak payah susah-susah nak kayuh ok... Akan ada satu wave besar tolak nanti... Seronok sangat...Tengokla mak budak tu... Kemain lagi enjoy siap ber-sunglasses...
Bapak budak time tu main dengan budak kecil ni... Tak reti lapar dan haus... Tak nak naik ok berhenti.. Tapi kepala dah terlentok-lentok dalam air.., Ngantok la tu... Bila pergi ramai-ramai ni syiok. Merasa la naik gelongsor itu ini... Gilir-gilir jaga Adam dengan kakak and anak buah...
Lama gak kitorang kat sini... Sampai petang tak silap...Lepas tu hujan pun dah start turun... Naseb baik kitorang sewa cabana so selamatla... Makan minum semua beli je kat dalam tu... Harga reasonable... Portion pun banyak tau... So kalau nak pergi boleh refer bawah ni.
Harga tiket :
Dewasa - RM 25.00
Kanak-kanak - RM 20.00 (ikot ketinggian)
Operating Hours
Monday - Friday | : | 01.00 pm - 07.00 pm (Closed on every Wednesday) |
Saturday - Sunday | : | 10.00 am - 07.00 pm |
Address
Wet World Water Park,
No. 3A, Persiaran Dato' Menteri,
Section 14,
40000 Shah Alam, Selangor.
Selamat mencuba korang....
2 comments:
Hi, my name is Amirul and I'm contacting you from Wet World Shah Alam. We would like to invite you to our event of year, happening very soon and would like to request you for your contact details such as your email address. Please contact me at amirulasyafi@owg.com.my with your details. Thank you
@Amirul Asyafi hye... i already send you email. please help check and respond. tq
Post a Comment