Selepas je aku kahwin in 2013, terus ramai sepupu-sepapat sebalah mama ikut jejak langkah aku.... Perghhh, rasa diorang kecil je lagi. Rupa-rupanya dah dewasa dah mereka. Masing-masing dah ada pilihan hati masing-masing... Kali ni, Faiz anak kepada busu pula yang menamatkan zaman bujang. Bertemu jodoh dengan orang Ijok. Okla tu Selangor jugak.
Majlis nikah di Masjid Baru Bukit Badong pada Sabtu, 6November2013. Nikah Sabtu dan sanding Ahad. Pak Imam cakap nikah lepas Asar. So memang kelam kabut jugakla aku tengok. Masing-masing takde pengalaman kan... Jadi macam tertanya-tanya jugak la whats next gitu...
Ini budak kecik kejap je dia diam. Lepas tu tak senang duduk. Merengek. Dia bukan boleh panas sikit. Peluh berjurai macam dia je yang nervous nak nikah. Naseb ada banyak kipas kat dalam masjid. Terpaksa la mummy dia ni dokong dan dodoi. Last-last ketiduran... Syabas anak. Mummy suka awak tidur. Kang kalau tak tidur cranky pula. Tengok la muke sememeh dia. Peluh sakan.
Yang ini ibu dan adik pengantin... Alhamdulillah dengan sekali lafaz Faiz dah jadi isteri kepada Zila. Semoga kekal bahagia dunia akhirat bersama, InsyaAllah... Ohhh lupa nak cakap, nikah kat masjid tapi makan-makan dekat rumah pengantin perempuan. Dekat je lagipun. Kitorang memang kehausan dan kelaparan. Sampai-sampai je memang cari air dulu la... Haussss!!!
Yang ni tak payah pelawa makan pun dia dah makan dulu. Lagipun si kecik ketiduran dapatla menikmati lauk pauk kenduri yang terbaik. Dekat kul6 petang time ni. Tibai makan nasi puteh. Lauk ayam goreng berempah, sayur lemak labu, sambal belacan, ulam-ulaman dengan ikan kering. Memang terangkat la. Usahkan mak mertua lalu belakang (yerla, siapa suruh lalu belakang kan) tak nampak, mama sendiri duduk sebelah pun buat tak nampak je ok. hahahaha
Sekian... SELAMAT BERHUJUNG MINGGU!
0 comments:
Post a Comment