Rezeki...

Tazkirah oleh :
Ustaz Don Daniyal


Jika tiada rezeki anak,

mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Maka kita lebih bahagia dari anak yang liar.


Jika tiada rezeki wang ringgit,

mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga harta dunia.


Jika tiada rezeki kereta mewah,
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari membayar kerosakan yang mahal.



Jika tiada rezeki rumah yang besar,
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.



Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman dan terjaga segala.



Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti sepenuhnya pada orang tua.



Jika tiada rezeki hari ini, 
mungkin ada rezeki yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak dijangka.


*SENYUM*

See???
Rezeki itu ada.... Always ada...
Cuma cara atau kaedahnya berbeza-beza untuk setiapnya kita...
Maka, bersyukurlah... Nikmatilah apa yang ada...
Redha apa adanya....
Kerana kita sendiri tak pernah tahu dan perasan akan rezeki kita sebenarnya...


Rezeki aku???
Biar aku dan Dia sahaja yang tahu....
Dan aku bersyukur kerana aku adalah aku...



7 comments:

Cik Azz said... [Reply to Comments]

Rezeki itu dari Allah.. Syukur alhamdulillah...

schazaza said... [Reply to Comments]

@~ Cik Azz ~ syukur sangat... :) thank you

Unknown said... [Reply to Comments]

Rezeki ada di mana2 kan dear..:)

schazaza said... [Reply to Comments]

@hazlina azmi yea, betul tu... rezeki ada dimana2 dan dlm mcm2 bentuk... sampai kita sendiri pn xperasan kdg2...

puteri said... [Reply to Comments]

walking around terjumpa tazkirah ustaz don kat sini... thanks for sharing, its really beautiful words with full of meaning...

kausar said... [Reply to Comments]

google pasal vivy and saw your blog. betul sangat scha. i dulu lambat dapat anak rupa2nya Allah ada perancangan yang terbaik untuk kami berdua. moga kita semua tabah menghadapi cabaran hidup. count your blessings!

blog-tips-kurus said... [Reply to Comments]

LIKE!!

da lame x update?
:-)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...