Trip to Kota Kinabalu - Last Day

Fuhhhh... Finally entry pasal trip ke Kota Kinabalu sampai ke penghujung jua. Chewahhhh... Nati aku share tips and expenses ye pasal trip ni... InsyaALLAH. Aku pun banyak dah lupa ni pasal trip ni... Akan cuba ingatkan semula...



Memandangkan ini adalah hari yang terakhir di Kota Kinabalu ni, kitorang pun chill saja. Lepas subuh pun still tidur lagi... Then around kul 9 ke 10 baru pergi breakfast. Time ni sebenarnya tak boleh nak pergi jalan-jalan sangat sebab abang demam teruk. Tapi dia degil taknak pergi klinik. So, kitorang paksa juga pergi klinik. Giler demam 3 hari tak baik-baik pun taknak pergi klinik. Dasar cuak lettew. Naseb baik kat bawah hotel ada klinik. Hamek ko terbang RM 100.00. Sebabnya doctor bagi injection power. Sementara dia berehat kat bilik aku apa lagi, jadilah adik yang baik. Pergi window shopping dekat mall and tapaukan dia McDonalds. Kan baik tu... hihiihhihi Alhamdulillah masa check out dia dah kebah dah.



Masa malam first pergi Hard Rock shop ni dah tutup tau. So kitorang singgah masa balik la. Naseb baik buka. Memang kitorang pengumpul tegar t-shirt hard rock. Mana-mana pergi confirm akan pergi Hard Rock shop and beli. Sampai sekarang ni dah tak tau nak pilih design apa dah. Semua pun dah ada. Ada yang terpaksa repeat designnya....



Hamek ko... Borong t-shirt Hard Rock. Gilerla... Yang orang kirim pun ada jugak. Tapi untuk family je dah dekat 10 helai ok... Belum lagi nak belikan untuk kawan-kawan baik kan... Terus mintak paper bag setiap t-shirt satu. Maklumlah, kitorang ni memang sangat suka kumpul paper bag. Tak kesah la shopping barang apa sekali pun. Cantik woooo...~!!!



Sebelum menghabiskan duit semua dekat sini, baiklah kita cepat-cepat bayar dan masuk kereta. ahhaahahha Bahaya wo lama-lama dalam ni... Tapi marilah bergambar sebagai kenangan dahulu depan Rock Shop KK ni. Aku suka sebab kaler dia pink hitam tak silap.. Sangat hot kan???



Taraaaaaaaaaaaaa... Cantik tak??? Well ni hadiah untuk kesayangan aku sempena birthday dia aritue. Eh bukan la aritue. Tapi masa bulan Januari tu. Ko tengok, dah bulan April baru aku update pasal trip ni... Nampak benor pemalas nya. Suka sangat buat entry basi. Naseb korang la ye... Hopefully semuanya happy dengan entry ni... 



Sekian... Wassalam...


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...