White Water Rafting Sg Kampar, Gopeng

Halluuuuuuuuuuuu... I'm back. hahahaaha Sorry terlupa nak update banyak plak. Actually quite busy la jugak... Tengah try to settle down few things... Hopefully semuanya ok.... Harini aku nak share dengan korang semua lagi satu aktiviti mencabar yang aku buat baru-baru ini. Well, ini bukan kali pertama aku join. So takla jakun sangat. Saja nak enjoy and share the moment together.


Date : 20 April 2013
Agensi : Radak Adventure
Time : 9.00 am (meet at Gopeng exit)
Rate : 2 - 3 level
Price : RM 140.00 (with lunch and snacks)



Perjalanan kitorang dimulakan seawal pagi. Giler korang. Nak berkumpul dekat Gopeng punye exit pukul 9.00 pagi ok. Pukul berapa nak gerak da??? Sudahnya kul5.30 pagi kitorang gerak from Shah Alam to Gopeng. Stop kejap dekat R&R Jejantas Sungai Buloh untuk breakfast dan subuh. Then takde stop sampai la ke Gopeng.



Sampai-sampai je kitorang tunggu la Radak Adventure punye representative untuk pick up kitorang and bawak pergi tempat diorang. Sorry, aku malas nak masukkan gambar banyak-banyak. Saje nak bagi korang teruja sendiri. Dulu aku join aktiviti ni dengan Riverbug. Now dengan Radak. Starting point sama je. Cuma tempat berkumpul lainla. From Radak punye tempat kene naik lori ayam ok menuju ke sungai... Woot woot.



Bagi yang tak pernah melakukan aktiviti ini, korang jangan risau. Sampai nanti dekat sungai tu, kita akan diberi safety briefing dan cara-cara mengendalikan raft bersama-sama. Setiap raft akan ada instructor di belakang. So jangan risau la. Ikot je arahan. Settle semua briefing, kita akan disuruh untuk body rafting. Tujuannya untuk tengok tahap panic dan water confidence kita bila dalam air. Tengok aku, siap boleh senyum pandang camera lagi tau. hihihihihi



Kita akan naik paddle raft ni lebihi kurang 2-3jam tak silap. Lupe sudah. But bukan la all the time kena paddle pun. Ada time tertentu je kena paddle. Antara arahan yang kita kena buat adalah jump jump, paddle up, boom boom, forward, backward and macam-macam lagi la. Sure korang enjoy. But depends dengan team korang dan juga instructor la. Macam aku dapat team yang best. Instructor pun sporting.



Team kitorang paling banyak kali capsize (raft terbalik). Jangan risau. Life jacket ada. Janji kita semua tak panic. Aku la paling banyak kali tercampak keluar dari raft. Giler ko tak cuak. Cuak la gak tapi aku keep calm la. Instructor ada boleh selamatkan... Overall, korang pun patut cuba aktiviti ini. Tak rugi pun...


Total damage of the day :

Petrol Myvi - RM 50.00 (pergi balik)
Tol Usj to Gopeng - RM 25.50 
Tol Gopeng to Usj - RM 25.50
Cameraman for the whole activity - RM 200.00 (we share 8 orang murah sikit)


Ok, itu saja.
Selamat mencuba kawan-kawan....


Trip to Kota Kinabalu - Last Day

Fuhhhh... Finally entry pasal trip ke Kota Kinabalu sampai ke penghujung jua. Chewahhhh... Nati aku share tips and expenses ye pasal trip ni... InsyaALLAH. Aku pun banyak dah lupa ni pasal trip ni... Akan cuba ingatkan semula...



Memandangkan ini adalah hari yang terakhir di Kota Kinabalu ni, kitorang pun chill saja. Lepas subuh pun still tidur lagi... Then around kul 9 ke 10 baru pergi breakfast. Time ni sebenarnya tak boleh nak pergi jalan-jalan sangat sebab abang demam teruk. Tapi dia degil taknak pergi klinik. So, kitorang paksa juga pergi klinik. Giler demam 3 hari tak baik-baik pun taknak pergi klinik. Dasar cuak lettew. Naseb baik kat bawah hotel ada klinik. Hamek ko terbang RM 100.00. Sebabnya doctor bagi injection power. Sementara dia berehat kat bilik aku apa lagi, jadilah adik yang baik. Pergi window shopping dekat mall and tapaukan dia McDonalds. Kan baik tu... hihiihhihi Alhamdulillah masa check out dia dah kebah dah.



Masa malam first pergi Hard Rock shop ni dah tutup tau. So kitorang singgah masa balik la. Naseb baik buka. Memang kitorang pengumpul tegar t-shirt hard rock. Mana-mana pergi confirm akan pergi Hard Rock shop and beli. Sampai sekarang ni dah tak tau nak pilih design apa dah. Semua pun dah ada. Ada yang terpaksa repeat designnya....



Hamek ko... Borong t-shirt Hard Rock. Gilerla... Yang orang kirim pun ada jugak. Tapi untuk family je dah dekat 10 helai ok... Belum lagi nak belikan untuk kawan-kawan baik kan... Terus mintak paper bag setiap t-shirt satu. Maklumlah, kitorang ni memang sangat suka kumpul paper bag. Tak kesah la shopping barang apa sekali pun. Cantik woooo...~!!!



Sebelum menghabiskan duit semua dekat sini, baiklah kita cepat-cepat bayar dan masuk kereta. ahhaahahha Bahaya wo lama-lama dalam ni... Tapi marilah bergambar sebagai kenangan dahulu depan Rock Shop KK ni. Aku suka sebab kaler dia pink hitam tak silap.. Sangat hot kan???



Taraaaaaaaaaaaaa... Cantik tak??? Well ni hadiah untuk kesayangan aku sempena birthday dia aritue. Eh bukan la aritue. Tapi masa bulan Januari tu. Ko tengok, dah bulan April baru aku update pasal trip ni... Nampak benor pemalas nya. Suka sangat buat entry basi. Naseb korang la ye... Hopefully semuanya happy dengan entry ni... 



Sekian... Wassalam...


Hot FM - Hari Orientasi...

Macam biasa, hari-hari on the way pergi kerja, confirmed aku dengar Hot.FM. Cumanya semenjak dua tiga empat menjak ni, aku datang office awal and tak dapat dengar panggilan hangit. Rugi je rasa. Tapi happy sebab sampai office lengang and banyak parking... Biasalah kalau pagi-pagi kat Hot.FM tu mestilah AM crew. Fara, Faizal dengan AG. Lawak ok... Topik pagi ni ialah hari orientasi.


Aku tau semua orang pun ada pengalaman melalui zaman orientasi kan??? Haaaa... Aku pun sama. Ada yang best, ada yang tak best and ada yang tak boleh lupa sampai bila-bila. Betul tak? Eceh... Ngaku jela. Bukan nak marah pun. Meh sini aku share kisah aku pasal hari orientasi ni... Sedikit la ye. Kang banyak-banyak muntah darah lak korang...


Orientasi yang pertama bagi aku adalah masa tadika. Umur aku time tu 5tahun. Tapi masa ni sehari je tak silap. Biasalah, daddy's girl kan... Jadinya masa tadika papa la yang hantar aku and tunggu. Disebabkan kelas aku tu aku sorang je budak 5 tahun, jadinya aku adalah sangat takot ok. Malu sangat. Dalam kelas duduk tepi tingkap. Pastu mata perati je papa. Papa hilang je aku berlari keluar dari kelas. hahahahahaha~ Seminggu jugakla macam ni... Tapi cikgu time tu tak marah and biarkan je. Sebab aku kan paling kecik dalam kelas. Tenang sudah....


Then, hari orientasi paling bagi impak adalah masa aku pergi PLKN. Time tu aku kena dekat Kem Putra Putri, Alor Gajah, Melaka. Cheeewahhhhhhhhh... Kemain poyo lagi ingat nama kem.... The very first day kat PLKN, kitorang dah start orientasi. Lepas bagi group, semua pergi ikot group masing-masing. Masa ni aku group Delta. Tak kenal siapa-siapa. Aku kan pemalu. Tiba-tiba je aku disuruh perkenalkan diri di khalayak ramai. Time ni aku dah gelabah ok. Gigil-gigil lutut and kaki aku. Sumpah dulu aku pemalu sangat. Tak suka macam ni semua. Ketua Jurulatih aku bahan aku depan semua orang. Kesannya sampai sekarang. Alhamdulillah aku confident dengan diri aku.

Masa Universiti pula lagi la gelabah. Aku 
masuk UiTM dulu. Sama dengan si cantik Hanis Zalikha tapi aku senior dia la... Waktu orientasi paling penat ok. Dengan tak cukup tidur nya lagi. Lepas tu, orientasi ada banyak. Orientasi universiti lain, orientasi kolej lain, orientasi course lain. Bape banyak mahu orientasi da... Tapi sumpah kenangan sangat-sangat. Ko cakap jela apa, semua benda pun kena buat ok. Masuk parit la. Ketuk ketampi la. Kena baling telur la. Tidur pun sejam dua je. Sudahnya masa subuh semua sujud tak bangun-bangun. Rupanya tertidur daaa.... hahahahahahahhaa~ Malam-malam buta masuk hutan. Ekspedisi burung hantu katanya. Cuak giler.... Naseb takde yang histeria. Saikooooooooooooo~!!!


Banyak sebenarnya cerita pasal hari orientasi ni. Nak tak nak je nak cerita. Lenguh ok nak type panjang-panjang. Korang punya hari orientasi macam mana??? Cerita laaaa... Aku suke je dengar korang cerita.... Ewahhhhhhhh~!!!!



Trip to Kota Kinabalu - Day 2

Ok, kita terus update dengan trip Sabah... Sorry la lembap sangat nak update. Maafkan saya *suara Nabil* hehehehehe~ Sambung balik cerita ok. Well, semua gambar adalah dari iphone. Malas nak amek gambar dari camera gabak abang. iphone pun bolehla ye... Janji ada...



Ini view from our hotel. Yang bestnye stay kat Courtyard Hotel, 1Borneo ni kan, coffee house die dekat rooftop ok... Korang boleh pilih nak duduk luar atau dalam. If luar, boleh la nikmati view seperti dalam gambar atas ni... Very nice kan... Feeling macam rumah sendiri je rasanya... Kalau duduk dalam pun best... Suasana tenang dan mendamaikan...



Breakfast kat hotel ni ada macam-macam jenis makanan ok... Tapi aku macam biasa la. Tekak minah saleh konon. Tu pasal makan toast je dulu. Pastu amek omelette pula. Then minum jus ok... Tak mainla minum kopi ke teh pagi-pagi ni... hehehehe *lempang se das*



After breakfast terus saje gerak. Since kitorang sewa kereta, so bebas la nak gerak pukul berapa and pergi mana. Pagi tu kitorang decide untuk pergi Kinabalu Park. Sebenarnya aku follow je pergi mana pun. Sebabnya semua tempat pun aku dah pergi. Cumanya kali ni layan kan la diorang yang tak pernah pergi lagi. So ok je tade hal. Lagi satu, hujung bulan 6 insyaALLAH aku pergi lagi ke sana. Cuma dengan group lain lak....



Puncak Gunung Kinabalu... Korang kalau nak dapat tengok puncak ni, timing kene betul. Datang la pagi. Kabus tak tebal lagi... So boleh nampak puncak dia. Kalau dah dekat tengah hari memang kabus dah lindung dah puncak Kinabalu ni... Ada plan nak daki Kinabalu this year. Konon-konon nak sweet la macam Dejavu di Kinabalu tu, sekali permit untuk bulan 6 dah habis ok... Tak de peluang untuk climb this year.... Ishkkkk.. dengki betul la!!!



Oh lupa, untuk masuk Kinabalu Park ni, sorang dia kira RM 3.00. Tapi korang jangan buang dulu tau tiketnya. Sebab nanti nak pergi Poring Hotspring kena guna tiket yang sama. Jimat laaa... So, ni kitorang stop kat area mana entah dalam Kinabalu Park ni untuk snap gambar and nikmati view. Sejuk wooo... Tapi best sangat....



Pitstop paling last sekali adalah disini. Tak silap ada yang mendaki Kinabalu start from here jugak tau. Tengok tu, bukan aku je yang seronok pergi tempat ni. Mr.Musyuk pun enjoy sangat pergi sini. Dah la sejuk je. Naseb baik bulu dia tebal... Kalau tak kecut dia. Anje angat tau....



Kat pitstop last ni, ada tempat duduk-duduk macam ni tau. So aku amek peluang la posing. Gambar ni bukan la sebab camera ke apa. Tapi serius memang kabus sangat time ni. Sejuk woooo~ Tak dapat bayangkan kalau kat atas puncak tu camne la sejuknya kan... Woot woot!!! Gigil wooo... Ketak lutut...



Lepas je pergi Kinabalu Park, kitorang terus pergi Poring Hotspring pula. Dekat sini korang boleh lepak lama la... Ada banyak pilihan. Korang boleh melepak mandi-mandi or rendam kaki dekat kolam-kolam air panas atau korang nak adventure sikit tirulah aku pergi canopy walk. Btw, masuk Poring Hotspring ni pakai tiket Kinabalu Park je. Tapi nak pergi canopy walk bayar lain ok. Sorang RM 3.00 je. If bawak camera bayar RM 5.00. Memang mencabar sangat-sangat. Jungle trekking jauh jugak la... Then baru boleh nikmati canopy walk....



 Memang mengah sangat-sangat lepas canopy walk tu. Kitorang benti lama jugak la kat satu tempat tu. Sebabnya abang demam. Jadinye dia macam nak pengsan. So kitorang bagi dia minum dulu n rehat kejap. Agak-agak dia ok baru kitorang continue la... Alhamdulillah berjaya.... Turun je dari canopy walk terus rendam kaki dekat kolam air panas. Giler panas ok. Sampai merah-merah kaki aku. Tapi rasa lega sangat-sangat la... 



Settle semua kitorang gerak balik la... Otw balik tu singgah makan KFC kat pekan mana ntah. Aku pun dah lupa. Macam orang tak pernah makan ok. Licin semua orang makan. Nampak sangat kebulur. hahahaha Tapi memang nikmat la dapat makan... Lepas settle semua kitorang decide untuk terus pergi Pasar Philippines. Beli sikit barang-barang yang kawan-kawan kirim and beli ole-ole juga. Aku macam biasa la beli jajan sikit-sikit untuk kawan-kawan office. Banyak jugakla kitorang kene tambah luggage... 







Tapi kan, yang paling kesian adalah....








































ABANG....!!! 
Macam eminem lak dia.. Omel angat.


Kesian dia.... Demam. Dan-dan kat KK baru nak demam bagai kan... Tapi memang teruk la dia demam. Sampai last day tu kitorang paksa jugak pergi klinik and ambil injection. Giler korang, nak fly back demam-demam bahaya wooo... So doctor bagi injection. Alhamdulillah sebelum balik dia kebah dah...


Ok, sambung nanti ye... bye~!!!

Macam-macam

*Gigih aku buat entry ni pagi-pagi tau untuk orang tu... kalau tak asek la tanya bila nak update. Haa, ni aku update yang tak berapa nak ikhlas*



Good morning semua... Dah breakfast? Amacam arini? Ada banyak sehat? hahahahaha sepak kang.... Sorry semua sebab dah abaikan blog ni. Percayalah, aku banyak sangat entry tertunggak. Cuma setiap kali aku nak buat entry aku jadi blur. Tak tau nak type apa. Tu yang menyepi je. hahahaahha Arini aku gigihkan jugak la... Sorry takde gambar.... 



Lately ni aku rasa busy sangat. Weekend pun macam bukan weekend. Ke sana ke mari sibuk uruskan macam-macam hal. Dari satu tempat ke satu tempat aku pergi. Pagi pergi KL, petang kat Damansara, and malam kat Shah Alam then balik Puchong semula. Haaaaaaaaaa... kalau kereta tu boleh bercakap, konpem dia komplen aku. Naseb baik Samad very the good boy you know. Berkhidmat je untuk tuan dia tanpa gagal walau sekali pun. Terima kasih Samad.




Esok aku cuti. Arini nak balik Johor. 
Sekian....
Update yang tak berapa nak upate~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...