Yuhuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu... I'm back... Sorry kawan-kawan. Aku lama sangat tak update blog. Bukan tak nak update tapi belum berkesempatan je. So arini aku gagahkan juga. Lagipun semalam aku post gambar dekat FRIM... Amboi, kemain ramai lagi tanye dekat mana la, berapa RM la.... Meh la aku share pengalaman pergi canopy walk ni... Sharing is caring *mata ke atas, mulut senget* hahahahaha ;D
FRIM terletak di Selayang. So, korang boleh je anytime pergi sini. Bukan jauh pun. Macam-macam aktiviti boleh dilakukan disini... Lebih kurang macam Taman Botani (Bukit Cherakah) Shah Alam tu je. Tapi much bigger la... Aku pergi FRIM ari Ahad. Since cuti sekolah baru mula, so ramai la parents bawak anak-anak mereka datang sini. Yang main basikal pun ada. Jogging pun. Tapi aku pergi sini untuk trekking and canopy walk of course. Masuk FRIM with kereta dengan 2 orang makhluk di dalamnya is RM 6.00. Then boleh la masuk dan pergi parking kat area Zone D tak silap. Near information counter FRIM. Lepas tu, silalah jangan malu bertanya nanti sesat jalan ye. Pergi la ke kaunter informasi (wow, so Malay disini) untuk ambil peta dan juga buat bayaran untuk canopy walk. Local people RM 5.00 seorang sahaja. If korang tak beli dekat sini, pasti menyesal. Sebabnya hanya kat sini je boleh beli. Kang dah beriye mendaki naik atas sekali lupa nak beli memang meleleh je la tengok orang lain pergi kat canopy walk tu.... Masa aku pergi tu kesian budak kecik (chinese lelaki) ok. Bapak dia main redah je naik atas tu tapi tak beli tiket. Nangis-nangis anak dia tau. Tapi apakan daya... Den tak sanggup nak bagi tiket den to them... So sorry. Please google first and get information before you go to any place ok...
Untuk pergi ke Canopy walk ni, of course la ada laluan atau trail sikit. Baru la adventure gitu... Dari jalan besar (landmark : kolam ikan dan masjid) dekat dalam FRIM tu ke canopy walk trail is 900meter. hehehehe Boleh kecik peha i tell you... Lepas tamat 900meter of course la kena hiking plak sikit... Dalam 500meter tak silap. Mengah gak la aku ni... Maklumlah dah lama tak trekking or hiking... Trail untuk ke canopy walk ni curam sikit la...Berhati-hati jela. Kalau ada tongkat ke payung pun boleh bawa untuk tolong korang daki... Tapi aku takde. So slumber la ok...
Kenapa kena daki??? Sebab canopy walk ni 300 meter above the sea level and 30 meter above ground level... Kalau yang gayat, tak digalakkan la. Kang buatnya pengsan kat atas siapa nak tolong bawak ke bawah... Gilos~!!!! hehehehehe Canopy walk ni dalam 150meter panjang. So korang boleh menikmati view KL and also pokok-pokok yang segar. Lagi satu, canopy walk ni buka dari pukul 9.30 pagi sampai 2.30 petang sahaja ye adik-adik. Jumaat dan Isnin tutup. Last pendaftaran untuk canopy walk is 1.30 petang. Habis je canopy walk, akan trekking turun plak. Then akan jumpa la air terjun and tempat picnic semua... Best woooo~!!!!
Weekend bila-bila korang free, boleh la beraktiviti sebegini...
Boleh la get together dengan kawan-kawan disamping dapat kuarkan peluh tu...
Apa lagi, pakat ramai-ramai and serbu FRIM la!!!
Akhir kata :
Lets keep fit and vote for healthy lifestyle... ;D
p/s : aku bukan ditaja FRIM untuk entry ni. cuma aku suka share info sebegini. TQ~
2 comments:
Salam. Hee seronok kan jalan atas kanopi itu.
Kena buat apa2 booking ke?
Post a Comment