Cuak ke bebeh....

Adehhhhhh.... Letih. *prappppp* Bunyi luruskan pinggang. Perghhh, lega gila ok. Alhamdulillah hari ni main ping pong dengan penuh semangat. Ada kemajuan ok. Menang banyak kali... Macam dadah lak ping pong ni. Kalau tak main rasa tak best jerk... Sambil-sambil type ni sambil-sambil dengar lagu Kembang Perawan by Gita Gitawa. Memang kenangan betul lagu ni. Terus ingat rumah sewa time degree. Kawan-kawan time degree. Aktiviti time degree... Ohhhh rindu nya... Segalanya tentang degree life terus mengimbau kembali... Mana taknye, 5 tahun aku bermustautin di daerah Segamat tu. Segala pelusuk dan semua yang ada aku rasa aku dah tempuh kat sana. Ada sekali time diploma tu, aku buat part time untuk lecturer la. Buat survey. Satu borang dapat RM2.00 tak silap aku. Aku kene pergi ke bandar dan jelajah dari satu kedai ke satu kedai yang lain. Malu tak malu itu belakang cerita la. Yang penting aku kene settle kerja ni. Korang ingat senang ke??? Silapppp laaaa... Tak semua orang suka ok nak isi borang survey bagai ni. Aku dengan pakai kemeja dengan seluar slack siap ber-heels bagai jalan ke semua kedai tau. Pastu satu-satu aku kena explain dan juga tebalkan muka laaa... Cuak ke bebeh ok... Tapi aku buat semua tu sebab aku nak gain self confidence and experience. Lagi satu aku nak dapat markah lebihla konon dengan lecturer tu sebab sudah volunteer kan buat survey ni... Ada baiknya la sebab aku yg pemalu ni boleh kuarkan suara dan bertanya dengan mesra dekat tokey-tokey kedai... Berpeluh ketiak jangan cakapla wey. Time diploma mana ada bawak kereta lagi kan? So bus kuning la aku hadap... Hahahahaha sungguh nostalgia ok... Alhamdulillah aku dapat A subjek lecturer tu.


Time degree masyaAllah heaven semacam ok. Bukanla aku enjoy tak tentu pasal sampai lupakan terus pasal study. Ohhhh no no no!!! Aku duduk umah sewa. Satu umah tu 7orang. Kesemua 7orang itu adalah classmate aku. Jadi kau cuba bayangkan kalau kesemua 7orang tu ponteng kelas??? Hahahaha konpem lecturer perasan ok!!! Jadi kitorang mengambil langkah bijak dengan take turns ye setiap kali nak ponteng. Hahahaha sungguh keji perangai masing-masing. Lepas tu bila masuk kelas, kesemua 7orang tu nak duduk sederet ok. Kalau duduk belakang, sederet kat belakang tu geng kitorang. Sama gak kalau duduk depan. Cuba bayangkan kalau kat lecture hall tu yang besar kitorang duduk paling atas lecturer perasan ok bila tak datang. Nampak sangat geng aku feymes. Hahahaha *tangan ke bahu mata ke atas* walau aku study kat Segamat, tapi aku tetap pergi tengok movie ok. Nun di Melaka sana. Setiap minggu konpem pergi. Kadang-kadang seminggu sampai 3kali... Giler tak giler la... Sampai orang jual ticket movie kat Melaka tu ingat aku budak Melaka. Berdekah betul... Esok test ke exam ke tapi kalau ada yang menggatal ajak aku pergi Melaka, aku on je ok. Lagila gilosssss.... Perangai jimba tak sudah kan? Walaupun begitu...cehhh, tak menahan. Aku mengamalkan konsep "macam mana banyak pun aku huha-hoha, study pun kene sama banyak" ok. Oleh itu, weekdays aku akan bertungkus lumus buat assignment ataupun homeworks or anything related to studies. Jumaat malam aku dah start jimba. Tak pun Sunday aku make sure aku study la. Cover balik apa yang aku dah jimba tu. Hehehehe ;)


Banyak lagi sebenarnya nostalgia mahupun pengalaman aku tak kira la manis, masam, pahit mahupun masin telah aku lalui sepanjang bergelar seorang pelajar universiti. Semua yang berlaku tu alhamdulillah sedikit sebanyak memberi kesan dalam perjalanan hidup aku. Aku yang sekarang ada kerana semua pengalaman dulu itu. Yang pasti, aku tak sedikit pun rasa menyesal tentang kisah aku sebagai seorang pelajar universiti. Sebabnya aku rasa zaman universitilah zaman aku explore macam-macam. Aku gunakan peluang tu sebaiknya. Tak semua orang dapat kan? Pendek kata, enjoy your life, live your live like there's no tomorrow for you, appreciate everything or everyone around you for at least you won't regret any one day and be brave to take the opportunities around you...

Till then... 
Xoxo




P/s: sorry, tajuk takde kene mengene dengan cerita... Hahahaha dulik hapa aku.... Bye!!!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...