Pulau Perhentian - Day 2

*SAMBUNG DARI ENTRY PULAU PERHENTIAN - DAY 1*


Malam candat sotong tu we all semua balik semula ke jeti dalam kul2 pagi. Then konon nak cari kedai makan nak minum and lepak la kan... Tapi hampeh semua dah tutup ok. Sudahnya balik bilik lepak depan bilik je dengan abang and ain. Minum air kotak MILO and biskut Apollo. hehehehehe~ Lepas tu tidur sampai lebam laaaaaaaaa... Konon nak bangun bagi menikmati sunrise bagai kan.... Tapi silap laaaa... Hujan lebat dari malam sampai ke pagi celah mana nak ada matahari kan? Takda ok... So bangunla pagi tak pagi sangat untuk mengisi perut yang sememangnya sudah nyanyi lagu rap.


Di pagi yang hening sungguh tenang dapat breakfast di kelilingi pokok-pokok nan rimbun ni kan? Hebatlaaa... Deck ni la paling aku minat sangat ok. Awal-awal lagi dah chop nak lepak sini. So sepanjang we all breakfast kat sana, memang deck ni la tempat lepak we all... Terbaek kan?


Ini meja belakang tempat aku makan. Luas la deck ni sebenarnya tau. Best giler. Dengar desiran ombak menghempas pantai... Dengar tiupan angin sayup-sayup je... Perghhhh, feeling tu memang priceless sangat.


Marilah breakfast berjemaah. Kecoh ok ramai-ramai duduk sama-sama macam ni... Merapatkan silaturrahim gitu... Cheewahhhhhhhhhh!!!


This one view dari tempat duduk aku... Terus and kanan aku nampakla laut dan pantai... Aku taip ni pun dah duk membayangkan semula ok... Best sangat...


Ini pasangan suami isteri pertama dalam GJ... Dua-dua sporting tau. Always join the trip... Syioklaaa diorang ni... Macam tiap-tiap bulan korang honeymoon kan??? I IZ JELLY ok... :P


Pasangan paling romantik jatuh kepada mereka berdua... Walau terpisah bilik namun tetap serasi bersama... ahhahahaha~ Gilossss, dah macam buat skrip drama lak aku ni tibe-tibe...


Jeng jeng jeng... Haruslahhh aku dapat seat view paling best kan? hahahaha~  Kalau korang perati betul-betul, korang nampakla berapa pinggan depan aku tu kan? Siap ada mangkuk bubur lagi... Yes, memang aku yang melantak... Laparrrr ok!!!



Yang ni masa lepas lunch kot. Time ni semua berkumpul kat jeti mula-mula sebab ingatkan bot tunggu kat jeti kan... Sekali kak kuna and kak nurul tunggu kat Maya laaa... Paling klakar ada satu bot ni kat jeti tanya macam ni " jabak...jabak mana?" kat kitorang. Aku awal-awal dah lari dulu sebab tak paham kan... Pastu slumber abang kak kuna, Kuse cakap "TENGKU MAZLINAWATI?" hahahaha orang tu gelak ok... Sebab bot dia untuk PEJABAT mana ntah... Rupanya jabak tu pejabat... hahahahahahah~ lawak kan? Sampai harini abang aku asek bahan je jabak jabak... Lempang baru tau.



Nak naik bot ni punyalah payah ok.... Almaklumlah air tengah pasang so dalam la jugak nak pergi kat bot tu.. Barang semua basah ok... Aku junjung beg tapi begnya belah belakang kena air... Aperla... Nampak sangat katek...



Haaaaaaaaa... Ni gambar candid... Sungguh tak ley blah.... Gaya aku tu dah macam nak tangkap bola main netball. hahahahah~ gilossssssssssss



Nampak tak kat belakang tu macam kecoh-kecoh??? Ain, cik din dengan Kuse kena landak laut kot... Orang-orang pulau cakap bulu hidung... Ngeri ok... Cuak pun cuak jugak... Nasebla aku tak kena... Tapi kitorang teruskan jugak misi snorkeling... hehehehe~



Hari ke dua ni cuaca tak berapa nak cerah... Mungkin baru lepas hujan kot. Tu yang ombak kuat wooo.. Nak snorkeling pun tak syiok sangat. Korang perati jela gelombang air tu camne... Mabuk laut la korang...



Ni masa lepak tepi-tepi pantai pergi pulau mana ntah... Tapi nice view laaaa... Husna yang snap gambar ni... Dia memang suka view yang ada batu-batu...



Ni pun husna yang snap... Cantik kan? Sweet je dia snap gambar pasir tu jadi love dah.... Syiok wooooo~



Euwwwwwwwwww... Geli kan? Abang aku siap tarik-tarik ok.. Tak geli agaknya dengan benda ni. Apa eh namanya... Timun laut laaa... Euwwwwwwwww, geli. Meremang bulu...



Korang tengok dia punya slumber tu. Gambar dia je yang banyak pegang binatang ni... Aku nak jugak sebenarnya tapi geli yang amat....


Haaaaaaaa... hamek koooo!!! Gambar dari dekat... Nampak la kaki timun laut ni... Ishkkkkk, terasa gelinya sampai ke tulang....



Posing lagi... Kenangan bersama aku, abang aku dan ain... Best memory ever!!! *wootwoot*



Ini membe office abang aku. Epul and oppa. Diorang join sekali. Kesian oppa dia fobia air sebenarnya... Tapi tak tahan tengok kitorang syiok snorkeling dia pun gagahkan jugak la....


Time ni tengah sebok main timun laut. Main takot-takotkan orang... Main campak-campak ok... Mau tak menjeritt.... Gilerrrrlaaaaaa....



Yang ni champion la... Dia ni skin dive bagai semua serahla kat dia... Slumber je ok... Aku jeles la jugak kan... Nak jugak jadi champion macam dia...



Masa ni gigih aku pergi selamatkan fadzrin... Kesian dia tak larat nak berenang pergi bot.... Pastu Lee pun datang tolong sekali...


Yang ni ikan anak ikan paus kacuk manusia paling comel aku pernah jumpa... hahahahaha~ Kutuk diri sendiri... Tapi macam cool la gambar ni... I loikeee!!! Gaya macam ikan jerung kan pandang kiri dan kanan versi laju untuk baham mangsa... hahahahahaha~ Cubala imagine. Please *gaya Zizan dalam super spontan*




Tapi kan, ada satu lagi gambar paling geli la aku rasa. Sampai sekarang aku boleh rasa gelinyaa okkkkk... 








Korang teka gambar apa???
















Apa??? Gambar timun laut???


























Alaaaaaaaaaaa....Cuba la lagi... Please!!!










Jawapannya :



AKU PEGANG TIMUN LAUT!!!!!!
GELI OK!!!
GELI...
GELI...
GELI SANGAT-SANGAT....
*meremang bulu*
*ketap gigi*




Korang tengok, kak Nurul pun tergelak ok... Punyerla aku geli. Lepas je dapat snap, aku campak ok... hahahahahahhaha!!!




Oklaaa... Nati sambung lagi.
Bye!!!

Rutin Hujung Minggu


*SEBELUM START ENTRY NI, NAK BUAT PENGUMUMAN. SIAPA-SIAPA YANG NAMPAK ATAU TERLIHAT MOTOSIKAL KAWASAKI NINJA BERNOMBOR PENDAFTARAN JND 7172, SILALAH MENGHUBUNGI AKU ATAU PUN REPORT DI BALAI POLIS BERDEKATAN. INI KERANA MOTOSIKAL ITU ADALAH MILIK KAWAN BAIK AKU. SEKIAN*


Cuti-cuti sekolah ni syiok je aku rasa. Bukan sebab aku takda anak nak kena hantar pergi sekolah ke apa tau. Tapi sebab highway semua lengang je and tak jam macam selalu kalau nak pergi kerja. Macam contoh arini kan, aku keluar rumah lewat dari selalu tau. Dekat kul8 baru keluar rumah. But still manage to reach office around 8.15 macam tu. See, I love school holidays gitu... Tenang sikit pagi-pagi. Yerla, even aku lalu tol ELITE and tak lalu LDP dah, but still jam ok kadang-kadang, expecially Monday and Friday. Begitulah naseb jika kerja tempat berjauhan dari rumah. Sedia jela duit tol and minyak. hihihihihihihi~ Apa-apa pun, still rasa bersyukur sebab ada orang lain yang lagi rumit keadaannya. Kan? Tak gitu?


Meh sini aku share sikit rutin aku di hujung minggu. Ini kalau aku takda hal la kan... But selalunya alhamdulillah aku available je nak buat. Every Sunday, dekat area rumah ada pasar malam tau. Besar wo pasar malam tu. Macam-macam ada jual. So, memang tugas aku la bawak nenek dan sorong troli pergi pasar malam. Siapa-siapa nampak ada gadis (cheewahhh.....) sorong troli merah disamping seorang nenek, silalah tegur. Ye, gadis itu adalah aku!!! haaahahahhahaahhaaa~


Pasar malam ni dia ada dalam lima baris kot panjang-panjang. Selalunya aku skip la baris pertama sebab banyak jual baju and tudung je kan? So terus la ke baris ke dua... Kat sini mulalah pencarian harta karun. Eh, bukan-bukan. Pencarian barang-barang untuk masak selama seminggu. hehehehe~ Mula-mula tengok buah-buahan dulu. Kalau takde yang berkenan terus pergi tempat ikan. hahahaah~ Ada sekali tu musim durian agaknya, banyak gila ok durian. Aku kan manja and mengada, bau durian sikit pun tak boleh. Bukan tak boleh apa, cuma pitam je kalau bau.
T________________________________T 
Nak dijadikan cerita tengah jalan-jalan sorong troli boleh tak aku nak pitam. Perghhhhhhhhhh, menyirap je nenek aku. Tak sempat dia nak borong aku dah terduduk tepi jalan. hahahahhahahahah~ ba alif ngang... Malu ok....


Aku setakat nama-nama ikan takda la fail sangat kan. Kalau ada grading aku bolehla dapat A- cikgu cakap. hahahahaha~ Kira ok la kan? Takde la buta ikan sangat. Ni kang lantak semua kau tibai ikan kembung. Muahahahhahaha~ Padahal ikan selar kuning. Giler tak giler la kan? Eh, korang perasan tak, barang-barang kat pasar malam ni fresh-fresh macam ikan, ayam, daging and sayur. Tapi aku tak tau la kat tempat korang macam mana. Tempat aku fresh je aku tengok. Dan lagi satu, kalau barang-barang basah ni aku rasa mahal sikit la compare kalau kita beli kat pasar borong or pasar besar kan? Korang rasa macam mana? 

Lagi satu, macam baju or t-shirt kan, aku rasa pasar malam ni mahal la. Takdela cuba korang bayangkan, kalau sehelai dekat RM30-RM40 kan, wey, boleh dapat t-shirt PADINI ke apa ok kat shopping malls. Bukanlah aku nak memperlekehkan orang beli barang pasar malam ni. Cumanya in terms of the value of the money, aku rasa why not beli barang yang sama harga tapi with brand and quality kan? Lagi worth it. Seriusly, aku rasa siapa-siapa yang shopping kat pasar malam sumpah kaya ok. 


See, mutu dan kualiti sayur-sayur ni setanding kat Cameron Highland gitu... hahahahahaa~ Matikla aku perasan. Konpem kena kutuk nanti. Banyak pilihan tau. And normally yang meniaga kat pasar malam rumah aku semua Melayu la. Bangga pun ada gak. Sayur-sayur semua seikat RM1.00. Tempat korang dapat lagi tak macam tu? Ada sekali tu aku bawak nenek pergi pasar pagi kat KLANG. Punyalah jauh ok. Bangun sikit punya awal wa cakap lu. Tapi redha jela. Kesian kat nenek kan? Jadi misi bangun lambat terpaksa dibatalkan. Kat pasar pagi tu aku macam jakun ok. Mana taknya, semua yang meniaga ikan, sayur, ayam ke apa adalah INDIA. Pelik tak pelik la... Ke aku sorang je yang jakun sebab tak pernah jumpa kes macam ni???? hahahahahha~ Kalau korang agak-agak beli tak ayam ke daging ke ikan ke from them???? Muahahahhahahah~ Lu pikir la sendiri eh....


Oklaaaa... itu jelah hujah aku arini...
Kang ada masa aku sambung update pasal pulau ye... 
Selamat bekerja kawan-kawan.... 
Tingkat prestasi kurangkan kontrovesi...
ZASSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS~


Pulau Perhentian - Day 1

MONDAY BLUES??? Oh no no no... Macam mana weekend korang? Buat apa jerk? Layan Super Spontan final tak? Aku of coz ler layan. Zizang menang uolsss... Siap nangis lagi.... I like!!!


Eh, eh... Lagi sekali la eh mukadimah...


Happy Monday uolsss!!!!!! Amacam??? Happy tak gaya aku??? Wakakakakaka~ Kelassss sangat ok. Oleh kerana terlalu lama memeram cerita pasal trip ke Pulau Perhentian tu, so adalah kiranya lebih baik hari ini aku mulakan sedikit... Chewahhhhhh!!! Sebenarnya dah mula pun kan? Cuma takda sambungan je lagi... So arini lets continue it... Yahooooooooooooooooo!


*PITAMLA KORANG LAYAN GAMBAR BANYAK-BANYAK*

Macam biasa, kitorang gerak dari Shah Alam Jumaat malam. Lepas isyak la lebih kurang. Paham-paham la. Kalau dah nama lepas isyak, selagi tak subuh pun kira lepas isyak kan??? So, kul11 jugak baru we all gerak. From Shah Alam, ada 2 kereta ye. Maka, berkonvoi la kami ke Besut, Terengganu.



Sampai-sampai Besut kitorang singgah rumah kakak Kak Kuna dulu. Sebab ahli rombongan dari Johor and Tampin dah selamat tidur kat rumah kak. Maka kami yang makmum terlewat ni hanya breakfast jela ye. Sempat juga ziarah ayah kak Kuna. First time jumpa depa. Syiok sangat. Then gerak pergi jeti. Kat sini we all tunggu driver-driver parking kereta kat tempat selamat. So posing la dulu ye...


Settle je simpan kereta semua, jalan kaki la pergi Jeti Perlancongan Kuala Besut. Chewahhhhhhh.... Sorry, gambar aku tak banyak sebabnya aku tiba-tiba dapat rasukan ablasa untuk jadi camera woman.... yeehaaaaa!!!


Kalau dah Melayu tu, janji Melayu memang jadi la kan... Kul9 patut naik bot terus jadi pukul 10lebih ok. Amek ko!!! Melayu sangat 
*tangan ke bahu mata ke atas* 


Haaaaaaaaaaa... baru ada satu gambar aku! Posing maut ok. Ni pun ngendeng abang tolong amekkan. Naseb dia layan ok. Cun kan view nye... Nak kata orangnya cun pun boleh... Takde hal... hihihihihihi 
*lempang laju-laju*


Yeayyyyy!!! Gembira dah naik bot. Speed bot yang melambung kaw-kaw tak hingat ok. Kalau mengandung dah gugur dah tau. Bukan terberanak tapi tergugur kandungan. Punyalah hebat lambungan nya...


Tengok muka aku. Akulah orang paling excited ok. Comel la plak kan... Ini lah dia ahli-ahli rombongan. Satu bot ni semua ahli rombongan we all je. Driver bot termasuk sekali la eh? :P


Yeayyy, akhirnya sampai juga. Dari jeti Kuala Besut ke jeti Perhentian Kecil ni dalam 45minit macam tu... Not bad la kan...


Sementara tunggu hal check in, marilah kita istirehat di bawah pokok di tepi resort ye... Indahnya.. Korang tau kitorang duduk kat Shari-La kan? Best uols....


Sampai-sampai and siap je masuk bilik semua terus siap-siap mandi and kuar lunch. Kitorang amek pekej lunch and dinner kat Maya ni. Sebab ni tempat kawan kak kuna. Makan sodap woooo..


Tengok muka masing-masing... Happy dapat makan sodap... Lapar ok time ni... Mau semua pun makan licin. Siap tambah-tambah nasi lagi...


View from Maya... Panas giler tau time ni. Tengah hari kan? Of coz la panas... Air tengah nak pasang time ni...


Kan aku cakap panas giler kan? Kau tengok makcik saleh ni.. Naik rentung kulit dia siap bersidai lagi tengah panas tau.. Tak paham aku.... 


Bukan makcik tadi je ok. Kau tengok ni, tak macam ramai lak bersidai kat sini kan? Tak tau panas agaknye... 


 I'm so hot you know.... OHHH MYYY ENGLISHHHH!!! Not ME being a hot stuff ye. But the weather is super hot... Berkerut muka nak amek gambar tau...


Lepas lunch we all balik bilik semula. Ada yang terus nak sambung sawan mandi laut. Aku macam biasa la lepak dalam bilik tengok TV and borak-borak sebab kena rehat sepenuhnya. Malam we all pergi candat sotong. Pukul7 bot gerak... Ekspedisi candat sotong aku dah settle cite kan? Kalau lupa boleh refer sini ye :)



Itu je update untuk hari pertama di Pulau Perhentian. Akan disambung lagi nanti... InsyaALLAH...


 Till then, xoxo~


PERHENTIAN TRIP - SHARI-LA RESORT

*EHEM-EHEM*


Finally, barulah dapat update blog. Sorry la ye tak dapat update blog lately. Jadi hari ni aku usahakan sedikit. Cheewahhhhhhhhh, sikit katanya. Tapi sumpah gambar banyak giler ye. Buat permulaan biarla aku update pasal accommodation sepanjang aku di Pulau Perhentian. Sudah bersedia??? hehehehehe



SELAMAT DATANG KE SHARI-LA ISLAND RESORT
PULAU PERHENTIAN KECHIL, TERENGGANU....



Ini dia rupa paras jeti di Perhentian Kechil ni... Kalau korang duduk kat Shari-la kan, kira depan je.. Dekat la kiranya...


Ini view from the jetty. Nampak tak ada signage Shari-la tu??? Aku nampak air laut biru-biru hijau je... Dasar suka laut!!!!


Inilah laluan dari jeti untuk ke resort. Jauh tak jauh sangat la... Tapi kalau korang enjoying the view sumpah tak rasa jauh mana pun...


 Haaaaaaa... kalau malas nak google ke apa, boleh tengok la bilik-bilik dia kat gambar ni..  Boleh nampak kan? Nak tengok rate sila lah ke website resort ye...


Petang or malam kalau nak makan kat sini indah wey viewnye....


View from the resort... Barulah nampak keseluruhan jeti. Cantik kan?


Taraaaaaaaa... Bilik kitorang. Duduk empat orang. Besar ok. Ini quad sharing, Suite room. KELASSSSSSSSSSSS SANGAT!!!


Masuk-masuk pintu entrance ada sepasang sofa ok... Kitorang buat tempat solat la area ni...


Yang ni hall depan TV... Giler besar kan? Siap ada pintu lagi untuk ke balcony...


Ni plak area wardrobe and dressing table. Luas giler... Ada banyak cermin tau dalam bilik ni. Sebelah kiri tu toilet.


Kondisi dalam toilet... Memuaskan betul? *thumbs up*


Ni tandas pula... sorry senget. Tak boleh nak edit dah...


Ini balcony... Menghadap ke luar... Besar wey... Duduk empat orang kira puas laaaaa... Siap boleh jemur bajur bagai....


Kalau ada sebarang pertanyaan boleh la tanya aku. Macam biasa email je kat email address dekat my profile sebelah kanan blog ni.... InsyaALLAH akan dilayan...


Kalau tak pun, boleh terus ke website resort ni.


Keseluruhannya, makan not bad, tempat tinggal best, layanan mesra... Superb la senang cite.
Pantai pun syiok sangat-sangat....



Apa tunggu lagi, book la sekarang....


p/s: Nampak macam tak bermaya je entry kali ni. Maaf ye tuan tanah puasa. ok bye. hahahahaha~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...