Sejuk-sejuk Dapat yang Panas Sedap....

Aku kadang-kadang blur tak tau nak ajak family aku makan katne setiap kali diorang datang sini tau. Kang bawak kat tempat aku selalu lepak dengan budak-budak office pitam pulak mereka kan...hahahhahaa~ So aritue, setelah seharian makan dan minum di shopping complex, marilah kita pergi try makan tempat lain. Aku yang seharian berjalan ni muak nak fikir tau setiap kali ajak pergi makan... Ishhhhkkkk, mencih. Since that day hujan lebat, aku pun decide la makan kat Warisan Sambal Opah. Yang penting pama cakap nak makanan panas-panas. Fuhhhhhhh, sejuk-sejuk macam skang ni terbayang ok char kuew tiaw ke, mee celup ke... Dapnyaaaaaaaaaaaaaa....


Inilah dia kedainya... Ada shisah juga disini kalau mahu... Tepuk dada tanya selera... :P


Nasi lemak panas bungkus daun pisang... Satu singgit tak silap. Pastu lauk korang boleh pilih la apa-apa...


Mama pilih sambal telur puyuh ni.. Adehhhh, kolesterol sangat ye...


Ayam goreng berempah dan paru goreng pun ada... Sila-sila jemput jamu mata...


Ni la pemandangan dalam kedai... Nampak tak yang ramai-ramai tu? Itu mereka tengah pilih lauk la tu...


 Aku macam biasa konon taknak makan nasi malam.. So bantai Char Kuew Tiaw ye... Yummyyyyy!!!


Kalau korang nak try silalah ke Taipan. Dekat je dengan office aku ni. Nama je keje kat Shah Alam. Tapi Shah Alam dah sempadan USJ ok... So tak Shah Alam sangat la...hehehehe~ Apa tunggu lagi, rebutlah peluang sejuk-sejuk ni pekena benda panas... Nikmat I tell you!!! Harga reasonable... Takla melampau-lampau mana... Standard la. Mana nak dapat nasi lemak bungkus daun pisang harga singgit kan skang???? Ye dok??? 


Ini alamatnya...

No.2, Jalan USJ9/5P.
Kedai LOT TEPI...
USJ TAIPAN.
BERHAMPIRAN GEYLANG KOPITIAM DAN MURNI TAIPAN


Selamat Mencuba...
Till then...
xoxo~



p/s: arini macam biasa main badminton dan pingpong...buang lemak katanye... :P

Nenek Belanja....

Seronok gila bila makan free ni. Lebih-lebih lagi kalau kita diberi mandat nak pilih makan katne. hahahaha~ Aku macam biasa bagi jawapan selamat... Tak kesah mana-mana. Aku drive jerk. Dan pastinya la bila Nenek nak belanja aku suggestla tempat yang nenek tak pernah pergi... Kalau dia ok then selamat la... So, beberapa minggu yang lepas, rasanya masa cuti pertabalan Agong tu, punyelah lama kan... Aku bawak la nenek semua pergi makan kt Murni Tropicana. Sebabnya Murni ni je aku rasa proper dan juga bukak dari pagi ke malam ok... So, alang-alang nak hantar adik aku balik kolej kitorang pun sekali jalan la ke Tropicana...Korang tatap jela gambar-gambar makanan dan air eh? Kasi meleleh sikit... *LAP PIPI*

Ye, I love you too... Hahahaha Macam ba alif ngang pun ada mamat bangla tu. Ada ke bila cakap nak air I love you dia reply " i love you too". Perghhh, rasa nak tampar jerk...


Muka taukey mesti kena enterprem kan? hehehehe Thank you mak.. *aku panggil nenek mak*


My one and only sister with my aunty, Busu...


Nenek lagi sekali bersama Fatin...


Spaghetti Carbonara.... Sedap and creamy ok... Sepinggan tak silap belas-belas kot. Tapi sumpah banyak portion dia ok. Kena share la...


Ini mee raja.... Sedap uols. Adik aku yang order. Nenek suka ini...


View dekat Murni Tropicana ni cantik dan proper la... Kedai pun decoration nice...

Meja penuh dengan makanan.. hahahahhahaa Lapar la plak kan pagi-pagi ni tengok makanan... Padan muka diri sendiri...

Korang tekan je ni konpem waiter dia datang... Kalau tak bingit ok bunyi-bunyi...



Akhirnya berjaya juga diorang semua makan kat Murni...
Takpe lain kali insyaALLAH boleh makan sini lagi...






DAN PICTURE OF THE DAY.... *drum roll please*


































slurppppppppppppppppppppp.... dapnyeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!!!!


I MISS YOU!!!!!


hahahahhahaha~
ok, bye...
xoxo~



p/s: Gambar semua dari iPod.... tq~

Happy 29th Anniversary

Happy 29th Anniversary PaMa...
Dah 29 tahun hidup bersama...
Menempuh pahit dan manis bersama...
Menjaga dan mendidik anak bersama...
Bahagia dalam duka bersama...
Gembira dalam nangis bersama....
Dan terima kasih PaMa, kerana masih lagi bersama....

29 April 2012 adalah hari ulang tahun perkahwinan pama aku... Tapi we all celebrate awal sebab Ahad tu pama nak pergi sweet escape dah berdua. So Sabtu malam terus la pergi Sunway. Kononnya nak celebrate dekat Delicious. Sekali dia dah tak amek order ok. So terus ke Ole-Ole Bali. Ni papa yang pilih. So next time la ye kita ke Delicious.


Kemain lagi serius masing-masing main gadget. Gilerlaaaa.... 


Hahahahaha~ Muka abang tak boleh belah... Dia nak juga "V' sign bagai ni...


Masih lagi sebuk dengan BB dia... Mama memang camtu....


Ni papa yang order... Apa ntah nama dia.. Boleh tahan sedaplaaa.. Macam gado-gado tapi bukan ye....


Penuh meja dengan makanan.... Yummyyyy!!! Sedap....


Ni sebelum makan... Gambar selepas makan takda...


 Baca doa dulu sama-sama before makan... Alhamdulilah..


 Dah lepas makan we all still lepak situ lama-lama... Main gadget sambil borak-borak. Duduk kat bahagian luar ni sedap cuci mata....


Gambar candid... Korang layan jela... Aku tak tau nak bebel ape dah...


Adik aku saje je kan posing camni.. Konon nak jeleskan aku lettew.... Sorry... Tak dapat jack....


 Sebab aku pun ada ok pic sweet macam dia... Malah lagi la sweet... hahahahaha~


Itu saja untuk laporan sambutan ulang tahun perkahwinan PaMa...
Semoga kekal bahagia selamanya insyaALLAH...
Love you guys always....
xoxo~

Bye~




p/s: nak kuar pergi masak-masak rumah paten...

Wedding Blogger yang Vogue

Sorry... Aku rasa aku paling lembap sekali nak buat entry ni. Sorry la yerk. Aku semalam walau tak kerja tapi aku busy la. Busy la melayan keluarga tercinta. Aku mengukur jalan ok. Dari KLCC hingga ke AEON Bukit Tinggi... Ha, jauh tak jauh la kan aku berjalan.... Lantak, layankan jela... Belum lagi aku cerita malam tadi pergi melantak kat William's. Haahahahhaa~ Itu nanti aku cerita ok. Kali ni bagi laluan dulu kepada wedding PEEJ yang vogue sangat. Aku suke ok. Pelamin dia nice sangat. Simple but exclusive. Baju dia lagilahhhhh... Meletup-letup. Eh, orang pertama sekali yang aku contact masa otw nak pergi wedding peej is  Kak Filla tau. Aku siap berwhatsapp bagai dengan dia. Siap cakap malu nak tegur bagai. Tapi dia selumber ajak duduk semeja. Adik aku la cakap jangan mengada nak malu ke apa. Tegur je semua. So aku pun tegur la semua. hehehehehe~


"Hye, Kak Filla. I'm zaza." wtffff.... malunyeee... Tapi takpe asal dapat bergambar sama. Banyak ok posing maut kami. Amani a.k.a Ani garang tau. Tak bagi aku pegang-pegang dia. Salam pun dia tak bagi. Mengada betul. Geram ok. Rasa nak geget pipi dia.


Lagi sekali posing sebab yang tadi muka Amani macam marah. Now dapat la snap yang ok. TQ again kak Filla...


Dan lagi... Nampak sangat aku amek gambar dengan Kak Filla melambak ok. Ani macam-macam aksi ok dia buat...


Now, bergambar bersama Kak Ceera plak... Anak dia, Keisha senyap je ok. Tak takot orang. Main-main pipi dia pun senyap je. Suke la....


Gambar yang ni baru comel. Tengok muke Ani tu. Ada-ada je kan? Mula-muka kak Filla dokong dia belah kanan ok. Pastu dia tak suke sebab sebelah aku kan, jadi kak Filla dokong dia belah kiri baru ok... Tensyennn tau.. Bukan aku garang pun. hihihihihihi~


Dan ini, Sepet adik bongsu Kak Ceera. Dia ni peramah ok. Sporting sangat-sangat. Aku suka...


Sempat lagi posing candid ok... Nasibla ada adik aku. Sorry la korang, aku takda partner nak bawak. InsyaALLAH tahun-tahun depan ke ada la.. hahahahahaha~


Inilah dia gambar yang dinanti-nantikan... Akhirnya dapat juga bergambar bersama ok... Nasebla timing kena untuk saing-saing yang lain-lain tu... Seronok sangat ok..





Terima kasih kepada ahli keluarga Peej...
Makan minum dewan semua best...
Aku sampai ingat pergi wedding ni malam ok.
Sebab rasa macam sejuk dan lampu-lampu bagai...
Aku ralatla tak dapat posing dengan Noy... Sumpah cantik...




Dan terima kasih tak terhingga kepada my bro & my sis sebab sudi temankan...
Tak lupa juga buat bloggers yang lain...
Sorry kalau ada yang tak kenal...



Sekian....BYE~

P/S: Ni je gambar yang ada... Adik saya tak snap gambar banyak.... Mengada :(

Siapa nak FREE?


Eh, semalam kan aku buat perangai. Kemain meroyan kat twitter. Konon bajet macam politicians ok. hahahahaha~ Koyum cakap sesuai. hahahaha Ganti Big Mama gitu? Keji giler perangai. Alaaa, aku bukan meroyan apa pun la.... Aku just meroyan benda-benda betul. Tak tahan nak keluarkan idea aku pasal isu hangat PTPTN tu. Aku pun berhutang jugak dengan PTPTN. Tapi aku bijak sikit la. Sebabnya aku bayar. heheheehehe ;D Mari aku share dengan korang antara hujan-hujah aku malam tadi kat Twitter yang mendapat Retweet dari Followers :



"Kepada yang sebok nak PTPTN free, apa perasaan korang bila kerja tapi takda GAJI???"


"Aku rasa korang yang nak free PTPTN ni pemalas!!! Semua nak free... Hello, masuk toilet pun bayarlaaaaa"


"Kepada yang nak FREE PTPTN, nak sini aku pinjam 3K setiap 6bulan. Tapi aku taknak bayar kau balik. Kau ingat kau sorang je boleh nak free2???"


"Agak-agak kalau kat dunia lepas hutang PTPTN, kat akhirat nanti boleh lepas ke??? #justsaying"


"Masa kau tak dapat PTPTN, kemain lagi kau merayu siap tipu-tipu gaji parents, bila dah dapat ini balasannya??? Dasar manusia tak beruntung"


"Aku nak suruh diorang yang nak FREE2 ni duduk negara lain la... Baru diorang sedar diri agaknyaaaa.... "



Cukupla eh? Tak yah la aku type semua... Kang muntah pulak korang. Tak payahla korang sebok nak berarak bagai... Buat lecak ketiak je wey. Dapat upah ke selangkah RM1??? Aperlaaaaaaaa... Pergi study la wey... Lain kali sebelum sign agreement PTPTN tu jangan gelojoh sangat. Kena ingat kau tu berhutang. So buat cara berhutang. Aku malu la wey... Aku bengang sebab aku ni seagama dan sebangsa dengan korang-korang yang sebok berarak mintak FREE!!!!



Cissssssssssssssssssssssssss cake metul lah....
Loan kereta, loan rumah semua nak free tak??? Meh sini aku bagi free pelempang sekor-sekor....Nak sangat free kan....



ok, bye...



p/s: sorry, entry meluahkan perasaan je ni.... akibat kekenyangan.

Majlis Aqiqah...


Alhamdulillah bertemu kita lagi kita di pagi Jumaat yang indah... Syukur kerana masih lagi bernafas di bumi Allah swt ni. Semoga hari ini dilimpahi keberkatan dan juga rahmat dari yang Maha Esa. Baiklah, itu sahaja sedikit sebanyak tazkirah saya pada hari ini....*panggggggggggggg* Ada gaya ustazah tak? 


Wey, korang perasan tak, sekarang kan, mak bapak kalau buat majlis kemain lagi grand nya. Aku rasa ni bukan faktor duit ke apa la. Tapi lebih kepada TREND. Orang sekeliling kita yang membuatkan mak bapak  atok nenek zaman sekarang kemain lagi beriye buat majlis... Sebabnya kalau buat majlis biasa-biasa orang keliling duk sebok mengata macam-macam kadang-kadang. Itu yang membuatkan kita pun kadang-kadang jadi mangsa keadaan. Ok ok, aku malas nak bebel panjang. Ni aku pergi majlis aqiqah dua pupu aku a.k.a anak saudara la kan? Betul tak? Sebab ni anak kak long (sepupu) aku. So, kira aku aunty ler. heheheheh suka suki mak bapak tiri kucing aku je kan? hahahaha~ aritue sebenarnya dah buat dah kat rumah tokbah. Tapi memandangkan Alya ni cucu sulung mak long (mak kak long) dan juga mama bedah (mak mertua kak long) jadinya mama bedah pun nak jugak la buat majlis.Kemain ok majlisnya. Siap pelamin bagai. Dah macam majlis tunang dah aku tengok. Meriah uols....Diorang buat majlis ni pagi around 10.30 camtu. Sebelum zohor dah settle dah... Ada berzanzi, bacaan yassin, marhaban sikit... Meriahlaaaaaa~



Haaaa.. tengok ni. Kemain lagi pelamin bagai ok.... Untungla Alya....


Ni Alya Zulaikha... Sedap namanya. Secomel dia... Nasebla tak mengamuk masa potong jambul tu... Diam jerk...


Geram tengok budak ni. Kemain suke lagi duduk dalam buai bunga-bunga kan? 



Time-time majlis macam ni mulalah aku ditanyakan macam-macam soalan. Nasib aku cool. Cool ke? hahahahah~ soalan cepumas macam biasa la kan? Sabar aunty-aunty ku. Kalau boleh sekarang jugak nak ada baby. Tapi takotla nak kahwin. Cane tu??? hahahahahaa~



Semoga Alya Zulaikha membesar dengan sehat dan menjadi anak yang solehah.
Takmo nangis-nangis ye...
Nanti ajak mummy awak duduk overseas ye.
Sejuk sikit....



Sekian....
xoxo~

Melayan Nenek...

Memandangkan aku tengah lapar sekarang ni, jadi marilah cuci mata menikmati makanan secara ilusi dan maya. Lap sikit air liur korang tu. Tak perlu nak menjejeh sangat. Malu orang kiri kanan tengok. hahahha~ kantoi di situ. Perut aku ni macam tau-tau jerk. Bila nampak gambar makanan kemain shuffle ye... Geram je aku. Sabar sikit ok. Jap lagi kita pergi makan. Nak dijadikan cerita, Sabtu lepas aku memang takda plan apa pun. Selalunya kalau takda plan apa aku duk rumah jela. Nenek aku paling bahagia ok kalau aku takda plan. Sebab time ni la dia nak ajak pergi mana-mana. So, Sabtu lepas dia cakap nak pergi kerusi urut yang masuk duit tu. Aku mula-mula ingat nak pergi Alamanda tapi aunty cakap kat sana takda. So ayuh kita ke IOI MALL je ye. Kat situ melambak ada. Dah kasi puas nenek urut jalan-jalan. Then dia cakap nak makan.  Kemain pusing-pusing sekitar IOI MALL ok. Nak makan apa jugak la nenek aku ni. Sekali dia stop depan Kenny Rogers ok. Kelasssssssssss tau nenek aku.


Tayang gambar jela eh? Kasik jejeh lagi...


Aku bagi nenek aku yang pilih... Kesian dia kan? Dia mula-mula order ayam and side dishes ni... Then, dia nak order pasta lak...


Ni ha pasta ni dia order. Bukan spegeti bolognese tau. Tapi kalau dalam menu Kenny Rogers tu dia yang No.2. Aku lupa lah namanya... Sorry ok.


Macam biasa, air pilihan. Semestinya Ice Lemon Tea. Lega tekak ahkak tau... Kantoi makan muffins bersepah.. hahahahhaa~



Nak tengok muka taukey kemain lagi fokus dekat makanan??? Kejap kejap.... Aku bagi korang tengok...

















Betul ni?



















Dah ready?





















Sila lahhhhhhhhhh...































Inilah nenek aku... Taukey hari Sabtu lepas. *gumbiranya hati ini*


Walau aku penat, walau aku ada plan, walau aku tak berduit, aku cuba penuhi semua permintaannya... Sanggup korbankan masa, tenaga, wang, dan bahagia aku demi dia...
Sebab.... Dia banyak berjasa pada aku...
Terima kasih nenek (Tapi aku panggil dia mak)


SEMOGA AKU SELALU DIBERI PELUANG UNTUK BERBAKTI PADA DIA SELAGI MAMPU... InsyaALLAH~
*lap air mata*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...